awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prestasi baik Tabung Haji cerminkan kepentingan urus tadbir yang cekap - Idris

Firdaus Azil
Firdaus Azil
20/09/2022
09:13 MYT
Prestasi baik Tabung Haji cerminkan kepentingan urus tadbir yang cekap - Idris
Keupayaan Tabung Haji (TH) meningkatkan saiz dana sehingga RM88.09 bilion pada Jun tahun ini, berbanding RM86.5 bilion pada Mac sebelumnya, dilihat mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap instrumen ekonomi Islam itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Keupayaan Tabung Haji (TH) meningkatkan saiz dana sehingga RM88.09 bilion pada Jun tahun ini, berbanding RM86.5 bilion pada Mac sebelumnya, dilihat mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap instrumen ekonomi Islam itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, kementeriannya, serta pengurusan TH sendiri akan lebih agresif untuk memastikan sokongan dan dukungan berterusan masyarakat terhadap institusi itu.
Katanya lagi, beliau percaya misi dan visi TH di bawah Pelan Transformasi Strategik TH 2022-2024 (HIJRAH24) dapat dilaksanakan berlandaskan urus tadbir yang cekap dan amanah.
“Alhamdulillah, ini keyakinan masyarakat, dan kita pun akan agresif lagi sebenarnya untuk memastikan masyarakat umat Islam di Malaysia beri sokongan dan dukungan kepada Tabung Haji, yang merupakan salah satu daripada institusi awal, instrumen ekonomi Islam di negara ini.
“Kita akan laksanakan amanah dengan baik, dan saya telah tekankan sangat kepada pengurusan TH, supaya kita kekalkan momentum, kepercayaan masyarakat kepada kita, terutama urus tadbir yang baik untuk uruskan hal ehwal ekonomi Islam,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Menara Tabung Haji, di sini hari ini.
Terdahulu, Pengerusi TH Tan Sri Azman Mokhtar dalam ucapannya berkata, HIJRAH24 mengandungi 24 inisiatif yang akan dilaksanakan secara bersama oleh warga TH sepanjang tiga tahun berdasarkan lima teras utama yang disokong oleh program-program digitalisasi dan komunikasi.
“Antara sasaran utama HIJRAH24 ialah peningkatan saiz dana berjumlah RM100 bilion pada penghujung 2024. Alhamdulillah saiz dana TH telah meningkat ke RM88.09 bilion pada 30 Jun 2022 berbanding RM86.5 bilion pada 31 Mac 2022,” katanya lagi.
Azman berkata, warga TH komited untuk merealisasikan semua sasaran HIJRAH24 yang diyakini dapat membawa institusi itu ke satu tahap baharu yang lebih kukuh dan lestari.
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#TH
#prestasi
#Idris Ahmad
#ekonomi islam
#HIJRAH24
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan