awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Doktor rugi RM285,000, terperdaya dengan 'phone scam'
Melangkah bersama kelestarian: Komitmen Ajinomoto (Malaysia) Berhad demi masa depan lebih hijau
Tangan saya menggigil, geram tengok tertuduh - Keluarga Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prestasi perdagangan negara, kemasukan murid Tahun Satu pada usia enam tahun tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
27/01/2026
01:10 MYT
Prestasi perdagangan negara, kemasukan murid Tahun Satu pada usia enam tahun tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang bermula minggu lepas susulan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 oleh Yang di-Pertuan Agong pada 19 Jan lalu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Prestasi perdagangan negara bagi tahun 2025 serta kriteria data penentuan kemasukan murid Tahun Satu pada usia enam atau tujuh tahun dan kesediaan kerajaan dalam melaksanakan dasar berkenaan antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) meminta Perdana Menteri menyatakan prestasi dan nilai perdagangan bagi tahun 2025 serta hasil lawatan dan misi perdagangan beliau ke luar negara sepanjang tempoh itu pada sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri.
Pada sesi sama, Datuk Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) bertanyakan kepada Perdana Menteri mengenai rasional dan kriteria data penentuan usia kemasukan murid Tahun Satu sama ada pada usia enam atau tujuh tahun.
Beliau juga ingin tahu apakah tahap kesiapsiagaan kerajaan bagi pelaksanaan dasar itu termasuk implikasi terhadap kebajikan murid.
Pada sesi soal jawab lisan, Datuk Siti Aminah Aching (BN-Beaufort) pula meminta Kementerian Pengangkutan menyatakan punca utama peningkatan kemalangan jalan raya di Malaysia terutama melibatkan penunggang motosikal dan langkah yang diambil kerajaan untuk menanganinya.
Selain itu, Yeo Bee Yin (PH-Puchong) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah individu yang telah didakwa dan disabitkan dengan kesalahan di bawah Subseksyen 424a dan 424d Kanun Keseksaan bagi memerangi akaun keldai yang terbabit dalam aktiviti penipuan.
Sesi Dewan Rakyat hari ini juga akan menyaksikan upacara mengangkat sumpah Ahli Parlimen Kinabatangan yang baharu Mohd Kurniawan Naim Moktar selepas calon Barisan Nasional itu menang dalam Pilihan Raya Kecil pada Sabtu lepas.
Dewan Rakyat seterusnya akan menyambung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang bermula minggu lepas susulan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 19 Jan.
Menurut takwim Dewan Rakyat, persidangan kali ini berlangsung selama 20 hari hingga 3 Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Mohd Kurniawan Naim Moktar
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan