awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRIHATIN TAMBAHAN: Memahami bantuan untuk PKS, ini contoh diberikan Perdana Menteri

Firdaus Azil
Firdaus Azil
06/04/2020
09:34 MYT
PRIHATIN TAMBAHAN: Memahami bantuan untuk PKS, ini contoh diberikan Perdana Menteri
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (Tambahan) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - BERNAMA
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini sekali lagi memilih perumpamaan mudah bagi rakyat, khususnya sektor perniagaan kecil dan sederhana (PKS), serta perusahaan mikro untuk memahami bantuan dan inisiatif kerajaan.
Dalam pembentangan Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN TAMBAHAN), hari ini, dengan peruntukan sebanyak RM10 bilion, beliau mengambil Lee Beauty Saloon, Restoran Mi Kolok Haji Salleh, dan Syarikat Surjit Kaur Sdn Bhd.
Contoh pertama, kata Perdana Menteri, ialah Lee Beauty Saloon, iaitu sebuah PKS mikro yang terlibat dalam sektor perniagaan dandanan rambut, dan mempunyai dua orang pekerja tempatan yang semuanya bergaji kurang RM4,000.
BACA: Pakej PRIHATIN Tambahan: Kerajaan umum tambahan RM10 bilion untuk PKS, perusahaan mikro
BACA: PRIHATIN TAMBAHAN: Geran Khas PRIHATIN RM2.1 bilion bantu perusahaan PKS mikro
BACA: PRIHATIN TAMBAHAN: Faedah pinjaman Skim Kredit Mikro kini 0%, sewa premis kerajaan dikecualikan
“Pemilik salun ini, Madam Lee ingin merancakkan semula perniagaannya selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
“Dengan pelaksanaan semua bantuan yang telah diumumkan Kerajaan, Madam Lee boleh mendapat manfaat subsidi upah tiga bulan berjumlah RM7,200 dan geran mikro 7 sebanyak RM3,000. Kesuluruhan manfaat yang diterima oleh Madam Lee ialah sebanyak RM10,200,” kata Muhyiddin.
Contoh kedua, iaitu Restoran Mi Kolok Haji Salleh, kata beliau, mempunyai lima pekerja tempatan bergaji bawah RM4,000, dan dua pekerja asing.
“Bagi menampung keperluan aliran tunai dalam tempoh PKP, pemilik restoran ini boleh mendapatkan pinjaman kredit mikro BSN sebanyak RM50,000 dan subsidi upah untuk 5 orang pekerja berjumlah RM18,000.
“Di samping itu, pemilik restoran ini juga boleh menikmati penjimatan daripada pengecualian sumbangan KWSP dan HRDF sebanyak RM8,400, tangguhan cukai berjumlah RM5,200, diskaun levi pekerja asing sebanyak RM2,300 dan diskaun bil elektrik sebanyak RM300,” kata Perdana Menteri.
Dengan bantuan dan inisiatif kerajaan, Muhyiddin berkata, Haji Salleh boleh mendapat manfaat, tidak termasuk pinjaman kredit mikro, sebanyak RM34,200 untuk tempoh 3 bulan.
Selain itu, beliau turut menggunakan Syarikat Surjit Kaur Sdn Bhd, sebuah syarikat perabot dengan 15 pekerja - 5 pekerja tempatan bergaji bawah RM4,000, 10 pekerja asing; dan selebihnya pekerja bergaji lebih RM4,000.
“Syarikat Surjit Kaur boleh mendapatkan pinjaman Special Relief Facility (SRF) sebanyak RM500,000 dan subsidi upah berjumlah RM18,000.
“Selain itu, syarikat juga boleh menikmati penjimatan melalui pengecualian sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) sebanyak RM8,400, diskaun levi pekerja asing sebanyak RM4,600, tangguhan cukai PKP Mikro sebanyak RM32,700 dan diskaun bil elektrik sebanyak RM100,” kata Perdana Menteri.
Beliau berkata, melalui bantuan dan inisiatif kerajaan, pemilik syarikat itu boleh mendapat manfaat, tidak termasuk pinjaman SRF sebanyak RM63,800.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Lee Beauty Saloon
#Mi Kolok Haji Salleh
#Muhyiddin Yassin
#pakej rangsangan ekonomi
#Perdana Menteri
#perniagaan kecil dan sederhana
#perusahaan kecil sederhana
#perusahaan mikro
#PKP
#PKS
#PRIHATIN TAMBAHAN
#Syarikat Surjit Kaur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan