awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kapal persiaran bawa lebih 120 penumpang terdampar di terumbu karang Papua New Guinea
Warga emas maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan di Rompin
Kadar kelahiran Jepun 2025 dijangka cecah paras terendah dalam sejarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Bukit Gelugor: Kerusi bakal diisytiharkan kosong selepas pengebumian

Astro Awani
Astro Awani
18/04/2014
10:28 MYT
PRK Bukit Gelugor: Kerusi bakal diisytiharkan kosong selepas pengebumian
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Pemergian ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh semalam dijangka mencetuskan pilihan raya kecil (PRK) di kawasan parlimen tersebut.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) kekosongan kerusi tersebut minggu depan, menurut satu laporan The Malay Mail Online.
Beliau berkata pengisytiharkan tersebut hanya akan dilakukan selepas majlis pengebumian Karpal di Pulau Pinang Ahad ini.
"Negara telah kehilangan seorang ahli politik veteran berani dan dihormati. Mendiang adalah seorang ahli parlimen yang mementingkan 'check and balance' dan dengan itu pihak eksekutif telah kehilangan musuh yang hebat, "kata Pandikar.
Sementara itu, terdapat beberapa warga Malaysia yang menyeru Barisan Nasional untuk tidak bertanding atau untuk mengelakkan pilihan raya kecil di kerusi itu.
Sad & shocked. I do hope that BN will surprise me by not contesting the Bukit Gelugor by election.
— alvinlooi (@alvinlooi) April 17, 2014
@NajibRazak Dato' Seri, I'm one of your many supporters in BN, please avoid By-Election at Bukit Gelugor. Thank you.
— Lim Cai Hin (@LimCaiHin) April 18, 2014
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas , Karpal menang kerusi Bukit Gelugor dengan 55,839 undi, dengan majoriti undi 41,778 berbanding dengan Teh Beng Yeam dari MCA yang mendapat 14,061 undi.
Pada tahun itu, terdapat 81,897 pengundi: iaitu 75 % Cina , 14% Melayu dan 10% India.
Dua penggal yang lalu, Karpal juga memegang kerusi tersebut dengan menewaskan calon Gerakan dua kali. Pada tahun 2008, beliau memenangi Koay Kar Huah dengan majoriti 21,015 undi; dan pada tahun 2004 menang Lim Boo Chang dengan majoriti 1,261 undi.
Pada tahun 1999, anaknya Jagdeep Singh Deo kalah kepada Koay Kar Huah dari MCA dengan majoriti undi 4,017.
Karpal, 73, meninggal dunia selepas Toyota Alphard beliau terhempas dengan lori sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gopeng, Perak pada kira-kira pukul 1 pagi semalam.
Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu lama beliau , Michael Cornelius Selvam Vellu, 39.
Bukit Gelugor sebelum ini sebuah kawasan dewan undangan negeri di bawah kawasan Parlimen Jelutong dan hanya dinaik taraf sebagai kawasan Parlimen pada tahun 2004.
Karpal telah kekal sebagai ahli parlimen Jelutong selama 21 tahun antara 1978-1999.
Mengikut undang-undang, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas satu kerusi dikosongkan.
Topic Berkaitan
#Bukit Gelugor
#Karpal Singh
#Michael Cornelius
#Pandikar Amin Mulia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan