PRK Chini: Lapan borang pencalonan dibeli

Bernama
Jun 16, 2020 23:45 MYT
Borang pencalonan itu mula dijual sejak 15 Mei lalu di pejabat SPR Pahang dan di Pejabat Daerah dan Tanah Pekan. - Gambar fail
Sejumlah lapan borang pencalonan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, telah dibeli daripada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang setakat semalam.
Pengarah SPR Pahang Datuk Zamree Hamli berkata daripada jumlah itu, empat borang dibeli wakil Barisan Nasional (BN), manakala empat lagi oleh wakil bebas.
Katanya, borang pencalonan itu mula dijual sejak 15 Mei lalu di pejabat SPR Pahang dan di Pejabat Daerah dan Tanah Pekan, dekat sini.
BACA: BN Pahang minta beri kemenangan percuma di PRK DUN Chini
BACA: Chini Memilih: PKR tidak letak calon
PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur, akibat serangan jantung.
SPR menetapkan PRK DUN Chini diadakan pada 4 Julai dengan 20 Jun sebagai hari penamaan, manakala hari pengundian awal pada 30 Jun.
BACA: COVID-19: KKM teliti SOP benar pesakit mengundi pada PRK DUN Chini
BACA: Tiada lagi perhimpunan beramai-ramai, perarakan di PRK Dun Chini - Annuar Musa
Pada Pilihan Raya Umum lalu, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi, manakala calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065).
-- BERNAMA
#Abu Bakar Harun #Barisan Nasional #Bebas #borang pencalonan #calon #hari penamaan calon #pengundian awal #pilihan raya kecil #PRK Chini #SPR #SPR Pahang #Suruhanjaya Pilihan Raya #undi #Zamree Hamli