SHAH ALAM: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan turun padang bagi menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), pada 11 Mei ini.
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
“Semoga PRK KKB ini menjadi kemenangan buat PN dan pada 11 Mei depan akan menjadi sebuah referendum rakyat kepada Kerajaan Madani,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN bagi PRK DUN KKB.
Khairul Azhari, 54, yang juga anak tempatan merupakan seorang ahli perniagaan dan pernah menggalas tugas sebagai Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor.
Sementara itu, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai turut merakamkan ucapan tahniah kepada Khairul Azhari yang telah dinamakan sebagai calon PN bagi DUN tersebut.
Ujarnya, PRK tersebut penting bagi parti berkenaan dan mengharapkan kemenangan yang besar nanti.
“Semalam, telah berlangsungnya Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional PRK Kuala Kubu Baharu di Bilik Gerakan Oasis Seksyen 4 Batang Kali.
“Ramai pemimpin PN dan penduduk setempat hadir pada malam semalam. Ini adalah PRK yang amat penting bagi PN. Semoga PN dapat kemenangan yang besar pada 11 Mei nanti,” jelasnya lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 26 2024
Ketua Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (kiri) bersama Dominic (dua, kiri), Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pengumuman Calon PN PRK KKB di Bandar Utama Batang Kali malam tadi. - Foto Sinar Harian
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Sekretariat Perpaduan bincang perkukuh jentera PRK DUN Kuala Kubu Baharu - Saifuddin Nasution
Hasil mesyuarat yang dipengerusikan Saifuddin Nasution malam tadi akan dibentang dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.