HULU SELANGOR: Selepas dua hari kontroversi mengenai isu hutang dengan perkhidmatan kredit komuniti berlegar di media sosial, calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut akhirnya tampil menjawab tuduhan tersebut.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu menegaskan, perkara tersebut merupakan fitnah jahat terhadap dirinya.
"Pada saya, itu satu fitnah jahat seperti yang berlaku ketika hari penamaan calon minggu lalu.
“Saya diserang apabila wartawan bertanyakan mengenai sijil kelayakan akademik. Bukan saya tidak mahu komen tetapi bukan masanya ketika itu dan saya tidak menipu (mengenai kelayakan akademiknya).
“Termasuk yang baru ini, saya ada perniagaan sendiri dan saya rasa semua orang berniaga ada hutang," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Wanita Gempur PN di Batang Kali pada Sabtu.
Turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu dan Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Harun.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Khairul Azhari mengelak untuk mengulas isu berkenaan ketika ditanya pemberita dalam satu program PN pada Rabu lalu.
Dalam pada itu, beliau beranggapan, serangan menggunakan isu peribadi ketika kempen tidak sesuai untuk sistem pilihan raya.
“Saya ada hutang rumah, kereta dan tidak mengatakan tidak ada hutang. Yang penting bukan hutang dengan 'ah long'.
“Hutang dengan 'ah long' kad bank dipegang, kita tidak (boleh) ke mana. Rumah kena simbah cat, tapi itu bukan saya," tegasnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Astro Awani
Sat May 04 2024
Khairul Azhari (tengah) ketika sidang akhbar selepas program Pelancaran Wanita Gempur di Batang Kali pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Saya ada hutang tapi bukan dengan ah long' - Calon PN
Calon PN, Khairul Azhari Saut menegaskan perkara tersebut merupakan fitnah jahat terhadap dirinya.