awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Nenggiri: Polis buka kertas siasatan, ahli politik keluarkan kenyataan sensitif

Bernama
Bernama
08/08/2024
04:39 MYT
PRK Nenggiri: Polis buka kertas siasatan, ahli politik keluarkan kenyataan sensitif
Muhamad Zaki (kiri) memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada Majlis Perasmian Balai Polis Kok Lanas, Kota Bharu, hari ini. --fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Polis Kelantan membuka satu kertas siasatan berhubung video ceramah seorang ahli politik yang mengeluarkan kenyataan sensitif pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau berkata orang ramai diminta dan dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.
"Polis sedang menyiasat kes berkenaan dan saya meminta kepada pihak-pihak yang terlibat untuk berkempen secara aman dan tidak mencetuskan provokasi.
"Siasatan lanjut juga sedang dijalankan berikutan kenyataan berkenaan juga tular di media sosial," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Kok Lanas, di sini hari ini.
Sebelum ini, tular satu kenyataan seorang ahli politik di YouTube berhubung isu sebahagian besar permohonan pemilikan tanah yang sudah diluluskan oleh kerajaan negeri tidak diselesaikan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan.
Sementara itu, mengulas mengenai perjalanan PRK DUN Nenggiri, Muhamad Zaki berkata setakat ini tempoh berkempen PRK DUN Nenggiri berlangsung dengan lancar dan baik.
"Saya juga mendapati tidak ada mana-mana parti politik yang mensabotaj bendera parti antara satu sama lain dan ini menunjukkan mereka bertanding dengan matang pada PRK ini.
"Saya berharap agar tempoh perjalanan PRK DUN Nenggiri ini berjalan dengan lancar sehingga ke hari mengundi pada 17 Ogos ini," katanya.
Selain itu, beliau berkata jumlah anggota polis juga telah mencukupi untuk memantau serta membuat kawalan pada PRK DUN Nenggiri.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Nenggiri di sini
Topic Berkaitan
#Muhamad Zaki Harun
#PRK Nenggiri
#kertas siasatan
#ahli politik keluar kenyataan sensitif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan