Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik laporan badan pemantau pilihan raya Bersih 2.0 dimana mendedahkan enam kesalahan dilakukan oleh ahli Parlimen Port Dickson itu semasa kempen Pilihan Raya Kecil pada bulan lepas.
Katanya, beliau tidak menyedari melakukan kesalahan apabila menghadiri beberapa program yang diajurkan oleh pihak komuniti dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semasa PRK Port Dickson.
“Saya menyambut baik. Soalnya, konsert M. Nasir di Port Dickson. Saya dijemput dan saya meminati M.Nasir, jadi saya datanglah.
“Lepas satu dua lagu saya balik. Kemudian di kuil, saya dijemput jadi saya hadir. Saya dijemput ... isunya kenapa tidak jemput calon lain,” katanya pada media di Lobi Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, Pengarah Eksekutif Bersih 2.0, Yap Swee Seng berkata Pakatan Harapan didapati melakukan sebanyak enam daripada 10 kesalahan pilihan raya yang dikenal pasti.
Antara kesalahan ialah menggunakan aset kerajaan dan acara pengurniaan anugerah kepada veteran tentera menyaksikan Anwar menjadi satu-satunya calon yang dijemput hadir.
Ditanya adakah beliau terkejut dengan laporan Bersih jawab Anwar, "pandangan Bersih itu akan diteliti pihaknya.”
Diyana Ibrahim
Mon Oct 29 2018
ANWAR: "Soalnya, konsert M Nasir di Port Dickson. Saya dijemput dan saya meminati M Nasir, jadi saya datanglah." - Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PRK Port Dickson: Didakwa langgar peraturan, Anwar sambut baik laporan Bersih 2.0
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik laporan badan pemantau Pilihan Raya Bersih 2.0 dimana mendedahkan enam kesalahan dilakukan oleh ahli Parlimen Port Dickson.