JOHOR BAHRU: Sebanyak 22 borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram sudah dijual setakat semalam.
Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua borang berkenaan dibeli oleh parti Amanah, Pas, Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.
"Bagi DUN Simpang Jeram, tiga set (borang penamaan calon) dibeli Amanah, Pas (dua), PN (lima) dan Bebas (satu), manakala bagi Parlimen Pulai, PN membeli lima set, Amanah (empat) dan Bebas (dua)," menurut kenyataan itu di sini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Indera Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan berasingan hari ini berkata pada hari penamaan calon ditetapkan Sabtu ini, kertas penamaan calon hendaklah diserahkan kepada Pegawai Pengurus di pusat penamaan calon (PPC) dari 9 pagi hingga 10 pagi.
Beliau berkata PPC bagi Parlimen Pulai adalah di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, manakala PPC bagi DUN Simpang Jeram ditetapkan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar.
"Bagi melancarkan proses penamaan calon, SPR menyarankan kepada bakal calon yang ingin bertanding pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram agar mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor sebelum hari penamaan calon," katanya.
Selain itu, bakal calon juga disaran untuk membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran itu hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti pembayaran, kata beliau.
"Bagi bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik, adalah diingatkan untuk mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan kertas penamaan calon," kata Ikmalrudin.
Beliau juga mengingatkan, setiap bakal calon hanya dibenarkan diiringi seorang pencadang dan seorang penyokong calon untuk memasuki PPC, selain penggunaan semua jenis alat muzik atau pembesar suara bagi tujuan dakyah politik melalui apa cara termasuk menerusi penggunaan apa jenis kenderaan tidak dibenarkan pada hari penamaan calon kerana ia satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Orang awam serta penyokong yang mengiringi calon pula dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan PPC ditetapkan.
Selain itu, calon yang membayar deposit bahan kempen pilihan raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, juga tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tujuan mempamerkan dan mengedarkan bahan kempen pilihan raya yang mengandungi gambar calon, lambang/simbol parti dan gambar pemimpin parti gabungan atau komponen secara bersama atau berasingan yang diwakilinya.
"SPR menyeru kepada bakal calon dan parti-parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan dikeluarkan SPR, Polis Diraja Malaysia dan PBT bagi memastikan proses penamaan calon dapat berjalan dengan baik dan lancar," kata Ikmalrudin.
Kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kosong susulan kematian penyandangnya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
SPR menetapkan tarikh penamaan calon kedua-dua PRK pada 26 Ogos, pengundian awal 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023
SPR menyeru bakal calon dan parti-parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan dikeluarkan SPR, polis dan PBT bagi memastikan proses penamaan calon dapat berjalan dengan baik dan lancar.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2024 (DPT BLN10/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 20 Dis.
Pengerusi SPR, Timbalan Speaker sertai pemerhati antarabangsa pada pilihan raya Uzbekistan
Lebih 500 pemerhati antarabangsa dan 150 wakil media dari 50 negara akan menyertai sebagai pemerhati semasa pilihan raya Uzbekistan pada Ahad ini.
Pemimpin UMNO perlu berhenti serang PKR, hormati aspirasi Kerajaan Perpaduan - AMK
Pemimpin AMK menganggap tindakan segelintir pemimpin UMNO itu seolah-olah mahu menghancurkan kemurnian Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Mahkota: 38.53 peratus mengundi setakat 2 petang - SPR
Sebanyak 38.53 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 2 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PRK Mahkota: 29.08 peratus mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
Proses pengundian di 20 pusat mengundi dengan 109 saluran akan berlangsung sehingga 6 petang ini, selepas dibuka pada 8 pagi tadi.
PRK Mahkota: Calon BN selesai mengundi, seru semua pengundi keluar tunai tanggungjawab
Syed Hussien tiba di pusat mengundi SMK Seri Perdana di Kluang pada 8.54 pagi dan selesai mengundi kira-kira 15 minit kemudian.
PRK Mahkota: 8.89 peratus sudah mengundi setakat 9 pagi
Semua 20 pusat mengundi melibatkan 109 saluran dibuka serentak jam 8 pagi, membolehkan 61,274 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab.
PRK Mahkota: 20 pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian akan berlangsung sehingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan undi dilakukan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di Kluang.
PRK Mahkota persediaan akhir menjelang hari mengundi lancar
Persiapan untuk hari mengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang akan diadakan esok berjalan lancar, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Ikmalrudin Ishak.
PRK Mahkota: Proses undi awal berakhir, pusat pengundian ditutup 5 petang
Proses pengundian awal bagi PRK DUN Mahkota tamat apabila tiga pusat ditutup pada 5 petang, setelah dibuka 8 pagi tadi.