Calon Pakatan Harapan, Dr S. Streram mencadangkan agar golongan muda di Rantau melibatkan diri dalam industri pertanian.
Menurut Streram, industri itu diyakini mampu membantu meningkatkan ekonomi orang muda di pekan kecil itu seperti menanam kelapa atau pun sayur-sayuran.
“Di DUN (Dewan Undangan Negeri) ini kita galakkan mereka buat pertanian. Bidang pertanian seperti diketahui merupakan asas sesebuah negara.
“Ada banyak tanah yang boleh diusahakan dan sebab itu kita akan galakkan mereka buat pertanian untuk dapat pendapatan yang lebih kerana ia tidak memerlukan pelaburan yang banyak,” katanya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan di Kampung Sawah, Rantau untuk program minum pagi bersama masyarakat menjelang hari ketiga kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau.
Sebelum ini, tinjauan Astro AWANI ketika bertemu dengan golongan muda di kawasan berkenaan mendapati ruang dan peluang pekerja di Rantau amat terhad.
Ia sekali gus menyukarkan golongan itu untuk mendapatkan pekerjaan bagi menjana pendapatan mereka.
Pada masa sama, Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau itu turut memberitahu tenaga pengajar dari instituti kemahiran dalam negara akan mengadakan kursus kemahiran khas buat golongan muda di Rantau.
“Mereka beritahu saya akan menjalankan kursus latihan kemahiran bagi pemuda di sini.
“Latihan itu akan memfokuskan kemahiran yang ada pada setiap individu sebelum ditempatkan dalam sektor pekerjaan yang sesuai,” katanya.
Dalam perkembangan lain, pakar bius itu tidak menolak kemungkinan untuk membangunkan institusi pengajian tinggi (IPT) di Rantau.
“IPT tidak ada di sini. Yang ada dekat Pedas iaitu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) manakala di Seremban pula Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
“Namun pelaksanaan itu akan dibuat sekiranya faktor kewangan mengizinkan. Saya fikir kita mungkin akan bina kolej di sini jika ada pelabur yang berminat,” katanya.
Sahlizah Mohamed
Mon Apr 01 2019
Streram (tengah) ketika berkempen sebagai calon di PRK DUN Rantau. -Astro AWANI
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
USM, SpaceIn lancar satelit piko pertama Malaysia
USM dan SpaceIn Sdn Bhd, melakar sejarah dengan pelancaran satelit piko pertama Malaysia, SpaceANT-D pada Ahad.
Pertanian: Semua jabatan, agensi KPKM siap sedia hadapi cuaca panas - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata setakat ini keadaan stok pertanian negara masih terkawal dan pihaknya akan memastikan khususnya barangan keperluan harian mencukupi.
MAFS fokus galakkan teknologi dalam pertanian - Foong Hin
Kementerian Pertanian dan Keterjeaminan Makanan mempunyai fokus untuk menggalakkan pemodenan dan penggunaan teknologi dalam aktiviti pertanian di Sabah.
Bantuan kewangan kepada pemain industri pertanian akan diumum - Nanta
Pihaknya bersama MAFI telah mengemukakan cadangan tersebut kepada Kementerian Kewangan pada 24 Nov lepas.
Serangan belalang di Rusia akibatkan kemusnahan lebih RM54 juta
Keadaan darurat telah diisytiharkan di tujuh bahagian di republic Kalmykia, menurut Kementerian Kecemasan Rusia.
Pekerja menganggur perlu timbang bekerja di industri perladangan
Ini berikutan permintaan tinggi, terutamanya terhadap sarung tangan getah, ketika dunia memerangi pandemik COVID-19.
Cubaan seludup bunga ros, mangga dari negara jiran gagal
Dua buah lori didapati cuba membawa masuk bunga ros sebanyak 57.60 kilogram (kg) dengan nilai RM576 dan 500kg buah mangga bernilai RM600 tanpa dokumen yang sah.
PRK Rantau: Streram cadang golongan muda libat industri pertanian
Industri itu diyakini mampu membantu meningkatkan ekonomi orang muda di pekan kecil itu seperti menanam kelapa atau pun sayur-sayuran.
Produk agro makanan Malaysia berpotensi besar di pasaran Netherlands
Walaupun keluaran pertanian negara hampir sama dengan negara Asia lain, produk Malaysia mempunyai keunikan tersendiri dari segi rasa dan kualiti.