NIBONG TEBAL: Jentera Angkatan Muda Harapan disaran menggunakan pendekatan hibrid iaitu gerak kerja secara fizikal dan maya bagi menangkis naratif terpesong berdasarkan fakta pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula hari ini.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan Adam Adli Abdul Halim berkata gabungan jentera Pakatan Harapan (PH) harus menjadi pasukan hadapan dalam kalangan masyarakat bagi menangkis fitnah serta tohmahan tidak berasas yang boleh melemahkan kepercayaan dan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.
"Ada banyak isu yang mungkin dilihat serius ataupun menimbulkan banyak kekeliruan masyarakat antaranya soal berkait kos sara hidup dan beberapa isu sensasi, jadi kita sangat tekankan setiap jentera kita sedia berkomunikasi dan memberi respons yang baik dengan masyarakat tempatan untuk menerangkan isu-isu berkaitan bersandarkan kepada angka dan fakta dengan betul.
"Kita juga perlu aktif di media sosial dan tangkis mana-mana sentimen negatif yang cuba dimainkan pada PRK ini, jadi kita kena turun padang dan kena sedialah dengan kritikan serta tangkis dengan baik naratif terpesong yang dimainkan," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Klinik Bola Sepak Kementerian Belia dan Sukan di sini pada Jumaat.
Angkatan Muda Harapan terdiri daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK), Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik Malaysia (DAPSY), Pemuda AMANAH Nasional, Wanita Muda Amanah Nasional (WARDA), Pergerakan Pemuda UPKO dan Pergerakan Generasi Muda UPKO.
Adam Adli, yang juga Ketua AMK, berkata jentera parti dalam Kerajaan Perpaduan PH-BN (Barisan Nasional) juga akan bergerak sebagai satu pasukan bagi merampas semula kerusi itu yang dimenangi PKR selama tiga penggal dari 2008 sebelum ia terlepas ke tangan PAS pada Pilihan Raya Negeri Ogos lepas.
PRK DUN Sungai Bakap diadakan berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat penyakit keradangan dalam perut.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi dan pengundian awal pada 2 Julai manakala esok ialah hari penamaan calon.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024
Adam berkata jentera parti dalam Kerajaan Perpaduan juga akan bergerak sebagai satu pasukan bagi merampas semula kerusi itu yang dimenangi PKR selama tiga penggal. - Foto BERNAMA
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Hari bertenang di Uzbekistan sebelum pilihan raya Ahad
Pada Sabtu, semua bentuk kempen - melalui televisyen, radio, media sosial, dan sepanduk fizikal - dilarang sama sekali.
Pengundi DUN Nenggiri pilih wakil rakyat baharu hari ini
Tepat 8 pagi ini, sebanyak 20 pusat mengundi dengan 46 saluran dibuka untuk proses pengundian.
PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir
Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malam esok.
PRK DUN Mahkota: Penamaan calon 14 Sept, hari mengundi 28 September, kos RM2.4 juta
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September depan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
BN-PH fokus laksana 'penyasaran mikro' di PRK Nenggiri - Asyraf Wajdi
Mesyuarat Penyelarasan BN-PH bagi PRK DUN Nenggiri hari ini memutuskan untuk melaksanakan 'penyasaran mikro' bagi setiap pengundi di DUN tersebut.
PRK Sg Bakap: Jentera Angkatan Muda Harapan perlu guna pendekatan hibrid tangkis tohmahan
Jentera Angkatan Muda Harapan disaran menggunakan pendekatan hibrid iaitu gerak kerja secara fizikal dan maya bagi menangkis naratif terpesong berdasarkan fakta pada PRK DUN Sungai Bakap.
PRK Kemaman: 12 pasukan Op Cantas ditempatkan di kawasan 'hotspot' - Polis
Polis mengaktifkan 12 pasukan Op Cantas bagi memastikan perjalanan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman hari ini, berjalan lancar tanpa gangguan.
PRK Pelangai: Cuaca esok diramal cerah pada pagi, ribut petir sebelah petang
Cuaca diramalkan cerah pada sebelah pagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, esok.
PRK Pulai: Pesakit nekad 'lari' dari hospital untuk mengundi
Demi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, seorang warga emas nekad 'lari' seketika dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.
PRK Pulai: Tempuh perjalanan 4 jam pulang mengundi
Walaupun hujan pada sebelah pagi di kebanyakan Pusat Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, ia tidak menghalang pengundi untuk keluar memilih wakil rakyat mereka, hari ini.