NIBONG TEBAL: Kurang 24 jam sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, tinjauan Bernama mendapati Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) giat melakukan persiapan akhir.
Selain pelbagai notis ditampal di setiap sudut dewan untuk perhatian orang ramai dan penyokong parti politik, sesi simulasi proses penamaan calon menjadi sebahagian daripada aktiviti persediaan akhir petugas SPR di pusat penamaan calon.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairulnizam Hashim berkata persiapan kini berada di tahap akhir dan pihaknya telah bersedia sepenuhnya untuk mengendalikan proses penamaan calon esok yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini.
"Insya-Allah kesemua petugas (pilihan raya) bersedia sepenuhnya untuk mengendalikan proses penamaan calon esok," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Antara persiapan yang dilaksanakan ialah menyusun atur kedudukan bakal calon, pencadang dan pegawai di dalam dewan mengikut prosedur ditetapkan serta proses semakan borang, dokumen dan status insolvensi yang akan diserahkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya.
Khairulnizam berkata sebanyak 552 petugas SPR terlibat selain dibantu 794 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan menjaga keselamatan serta kelancaran sepanjang PRK itu berlangsung.
Pada masa sama, beliau menasihati bakal calon dan pencadang serta penyokong supaya hadir lebih awal kerana bimbang berlaku kesesakan di kawasan luar dewan.
Khairulnizam turut mengingatkan bakal calon agar memastikan semua prosedur serta dokumen yang diperlukan lengkap bagi mengelakkan sebarang masalah ketika proses penyerahan borang pencalonan.
"Saya juga ingin mengingatkan kepada penyokong yang hadir esok supaya mengikuti peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon," katanya.
Ditanya mengenai ramalan cuaca yang dijangka hujan pada sebelah pagi esok, beliau berkata beberapa khemah tambahan telah disediakan bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar.
Pusat penamaan calon akan dibuka bermula 9 pagi dan ditutup sejam kemudian.
PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut dan SPR menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK kawasan itu, manakala pengundian awal pada 2 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024
Para petugas SPR giat melakukan persiapan menjelang hari penamaan calon PRK Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap esok. - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin
Pertembungan pendapat antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO berhubung isu politik adalah perkara biasa selagi tidak terkeluar daripada asas kerjasama Kerajaan Perpaduan.
Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.
PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi
Langkah dasar penyasaran subsidi diesel merupakan gambaran manifestasi rakyat yang disuarakan melalui PRK Sungai Bakap adalah antara perkara yang akan diteliti dalam 'bedah siasat PRK itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat.