awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Tanjong Datu: Anggota polis ditambah jika ada pertandingan

Bernama
Bernama
03/02/2017
11:13 MYT
PRK Tanjong Datu: Anggota polis ditambah jika ada pertandingan
MAZLAN: Jumlah anggota polis yang bertugas bagi memastikan kelancaran PRK Tanjong Datu akan ditambah sekiranya berlaku pertandingan. - fotoBERNAMA
Jumlah anggota polis yang bertugas bagi memastikan kelancaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu akan ditambah sekiranya berlaku pertandingan, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor.
Beliau berkata bagi penamaan calon yang akan berlangsung esok di Pejabat Daerah Lundu, seramai 239 pegawai dan anggota polis akan bertugas menjaga keselamatan, khususnya memastikan kelancaran lalu lintas.
"Bilangan anggota akan ditambah sebanyak 10 peratus sekiranya berlaku pertandingan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
BACA: 14 borang pencalonan PRK DUN Tanjung Datu dibeli - SPR
BACA: Amanah putus tidak bertanding PRK Tanjung Datu
PRK Tanjong Datu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem pada 11 Jan lalu akibat komplikasi jantung.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengumumkan balu Adenan, Datuk Amar Jamilah Anu sebagai calon Barisan Nasional untuk mempertahankan kerusi itu.
Bagi memastikan tidak berlaku kesesakan lalu lintas, Mazlan menasihatkan orang ramai yang datang ke pekan Lundu esok agar mematuhi arahan pegawai dan anggota polis trafik yang bertugas.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar mengelak daripada menimbulkan sebarang bentuk tindakan yang melanggar undang-undang supaya PRK itu dapat dikendalikan dengan lancar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Allahyarham Tan Sri Adenan Satem
#Pejabat Daerah Lundu
#TanjungDatu2017
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan