awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 100 peratus anggota IPD Pasir Puteh keluar mengundi

Sinar Harian
Sinar Harian
08/08/2023
01:30 MYT
PRN: 100 peratus anggota IPD Pasir Puteh keluar mengundi
Zaizul Rizal (kanan) menunjukkan jari beliau kepada pegawai dan anggota sebagai tanda orang pertama yang melakukan pengundian seawal jam 8.05 pagi di IPD Pasir Puteh. - Foto Sinar Harian
PASIR PUTEH: Walaupun sibuk dengan tanggungjawab menjaga keamanan, seramai 258 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih pada hari pengundian awal yang berlangsung pada Selasa.
Proses itu sekali gus menyaksikan 100 peratus anggota keluar untuk berbuat demikian.
Daripada jumlah tersebut Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbongan menyaksikan pengundi paling ramai iaitu 212 orang, Semerak (27), Gaal (14) dan Selising (5).
Menariknya, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria menjadi pegawai pertama yang membuang undi seawal jam 8.05 pagi.
Beliau ketika ditemui berkata, kehadiran anggota melaksanakan tanggungjawab tersebut adalah 100 peratus.
"Setakat ini tidak ada yang cuti sakit dan sebagainya.
"Alhamdulillah seawal jam 7.45 pagi lagi, pegawai dan anggota telah beratur untuk menunaikan tanggungjawab ini," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#undi awal
#Zaizul Rizal Zakaria
#buang undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan