SUNGAI PETANI: Daripada enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, secara umumnya ramai yang melihat Kedah diberi lebih banyak tumpuan oleh pihak Kerajaan Perpaduan yang merangkumi gandingan Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN), dan lawan dari Perikatan Nasional (PN).
Kesungguhan PH-BN dan PN untuk menang di negeri 'Jelapang Padi' itu dapat dilihat berdasarkan kenyataan pimpinan kedua-dua belah pihak sebelum ini, gerak kerja termasuk program yang dianjurkan, serta penampilan beberapa pemimpin utama di peringkat negeri yang bertanding pada PRN kali ini.
Penganalisis Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata antara faktor yang membuatkan Kedah menjadi rebutan adalah kerana statusnya sebagai 'swing state' dengan kedua-dua blok parti politik utama itu melihat ada potensi untuk memenanginya.
Beliau berkata senario dalam beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini yang menyaksikan pentadbiran negeri sering bertukar, dijadikan sebagai sandaran oleh parti politik yang bertanding untuk memberikan penekanan kepada Kedah pada PRN ini.
"Kedah ini pengundinya boleh 'swing' ke arah mana sekalipun kerana jumlah pengundi atas pagarnya terlalu besar. Mereka (pengundi) boleh ke mana-mana sekalipun, menyebabkan masing-masing parti politik merasakan sentiasa ada peluang 50-50," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun Sivamurugan berkata tekanan akan lebih dirasai oleh PN memandangkan mereka perlu mengekalkan momentum kemenangan diraih pada PRU lepas, yang menyaksikan mereka hampir menyapu bersih kesemua kerusi Parlimen di negeri itu, kecuali di Parlimen Sungai Petani.
Menurut beliau keputusan PRN kali ini juga akan menjadi satu penanda aras sama ada sokongan yang diperoleh PN pada PRU lalu bersifat kekal dan mampu diulangi pada 12 Ogos nanti atau berubah kepada parti gabungan Kerajaan Perpaduan.
"Bagi gandingan parti dalam Kerajaan Perpaduan, sudah pasti mereka ingin menguji keberkesanan pembentukan kerjasama baharu yang tidak dibuat sebelum PRU15. Sekiranya mereka memenangi Kedah, ia sekali gus akan menaikkan motivasi dan keazaman dalam Kerajaan Perpaduan, memandangkan Kedah sebilangan besar pengundinya Melayu," katanya.
Sivamurugan berkata sekiranya BN/PH dapat benar-benar memanfaatkan tempoh berkempen sebelum hari pengundian nanti, tidak mustahil Kedah berjaya dirampas daripada tangan PN.
"Mereka (BN/PH) perlu menetapkan siapakah calon Menteri Besar mereka, itu penting. Kedua adalah isu yang nak dimainkan, kerana sekarang ini isunya lebih kepada sentimen emosi berbanding dengan hala tuju ataupun masa depan.
"Mereka harus bijak memainkan kedua-dua ini tanpa memberikan tumpuan semata-mata kepada kelemahan lawan dari sudut pencapaian di peringkat negeri," katanya.
Penganalisis politik dari Pusat Perdana Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali pula berpandangan Kedah merupakan sebuah negeri yang berpotensi menjadi negeri maju, dan atas faktor itu Kerajaan Perpaduan merasakan pentadbiran negeri perlu seiring dengan kerajaan Pusat agar pembangunan dapat diselaraskan.
"Hari ini Kedah di bawah Pas. Jadi bagi BN/PH adalah penting untuk mereka tawan negeri ini. Selain itu Menteri Besar juga nampak lantang, banyak pertentangan dengan kerajaan pusat. Jadi adalah penting BN/PH tawan negeri ini untuk menunjukkan bahawa mereka di pihak yang benar," katanya.
Menurutnya lagi, beberapa kajian yang dijalankan mendapati pengundi di Kedah sudah semakin terbuka dalam menentukan parti pilihan, dan ini membuatkan parti-parti yang bertanding masing-masing merasakan mereka berpeluang untuk menang negeri itu.
Sementara itu Pensyarah Sains Politik di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah Firdaus Ramli berpendapat faktor pengundi Melayu menjadi isu utama dalam menentukan kemenangan.
Beliau berkata sekiranya PH dan BN menawan Kedah, ia secara tidak langsung memberi isyarat bahawa sokongan orang Melayu kepada mereka masih ada, sekali gus menafikan andaian sesetengah pihak bahawa kedua-dua parti itu kehilangan sokongan kaum Melayu khususnya di negeri Utara Semenanjung.
"Sentimen agama dan bangsa akan menjadi pola utama dalam menentukan kecenderungan pengundian khususnya di bahagian uatara Kedah selain pengundi muda dan pengundi luar.
"Sekiranya BN/PH mampu tawarkan sesuatu kepada pengundi (peluang pasti ada), kerana ramai pengundi muda mengundi bagaikan mengikut trend, bukan kefahaman terhadap parti atau calon," katanya.
Berdasarkan statistik daftar pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat seramai 1,585,085 daftar pemilih bagi PRN Kedah, dengan sejumlah 104,284 pengundi berusia 18 hingga 20 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N24 Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama pencabarnya dari Barisan Nasional (BN) Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim selepas proses penamaan calon pada Sabtu. - Foto BERNAMA
Rusia kecam AS kerana pemindahan aset ke Ukraine
Kementerian Luar Negeri Rusia menyatakan bahawa pemindahan 20 bilion dollar oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine, yang dibiayai menggunakan aset Rusia yang dibekukan, merupakan tindakan "rompakan semata-mata".
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Presiden Korea harus digantung serta merta - Ketua PPP
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-Hoon menyatakan Presiden Yoon Suk Yeol harus digantung serta-merta daripada tugasnya.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Banjir: Arus deras ranapkan kediaman didiami enam beranak
Asmah Ibrahim, 64 tahun tidak menyangka rumah batu yang didiami sejak puluhan tahun itu ranap dek kerana banjir kali ini.
Banjir: Sukarelawan berbakti buat mangsa walau diri sendiri terjejas
Bagi sukarelawan meskipun rumah dan barangan sendiri 'ditelan' bah namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk membantu mangsa terjejas termasuk membuka pusat pemindahan segera bagi memudahkan urusan mangsa.
Mahkamah batal petisyen pilihan raya Suka Menanti, kemenangan PN kekal
Mahkamah Tinggi membatalkan petisyen pilihan raya yang dikemukakan Ketua Penerangan PKR Kedah Datuk Zamri Yusuf untuk mencabar keputusan PRN DUN Suka Menanti.
"Saya jadi 'takut' juga kerana harapan rakyat terlalu tinggi" - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui berasa 'takut' dalam mentadbir negeri itu memasuki penggal kedua memandangkan harapan rakyat kepadanya kini terlalu tinggi.
Menteri Besar Kedah angkat sumpah pagi esok
Menteri Besar Kedah yang ke-15 dijadual mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit, pagi esok.
[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
PRN: Bas bukan bawa pengundi hantu - Polis
Polis Kedah mengesan satu video tular di media sosial berkaitan dakwaan beberapa buah bas yang membawa pengundi hantu bagi pilihan raya negeri (PRN) di daerah Kuala Muda pada Sabtu.
PRN: Masyarakat Siam Kedah tunai tanggungjawab mengundi
Sebagaimana rakyat Malaysia lain yang layak memilih, masyarakat Siam di Kedah hari ini turut bersama-sama keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
PRN: Sanusi didakwa 'tayang' kertas undi, langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Kesalahan itu itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.
PRN: Pasangan OKU cacat penglihatan tak mahu ketinggalan mengundi
Pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan Roseri Ismail, 52, dan Rohana Abdul Manaf, 50, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.
PRN: 'Tidak sukar untuk PN menang' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor optimis bahawa tidak sukar bagi Perikatan Nasional (PN) Kedah untuk menang pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
PRN: Abang Sanusi sanggup tolak 'job' di Arab Saudi, Qatar
Abang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor iaitu Shabudin, 57, sanggup menolak dua tawaran kerja di Arab Saudi dan Qatar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.