awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Ahli, penyokong DAP wajar undi calon UMNO - Teo

Bernama
Bernama
20/05/2023
08:33 MYT
PRN: Ahli, penyokong DAP wajar undi calon UMNO - Teo
Teo Nie Ching (dua, kiri) yang juga Ahli Parlimen Kulai hadir pada Majlis Penyampaian Cek Larian Amal Putra 2023 di Galeri Jualan IOI hari ini. -fotoBERNAMA
KULAI: Semua ahli dan penyokong DAP di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, wajar memberi sokongan dan undi kepada calon UMNO demi masa depan yang baik untuk negara.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata mereka perlu mengetepikan sebarang perbezaan yang mungkin wujud sebelum ini bagi memastikan kestabilan politik di peringkat pusat dan juga negeri.
"Sekarang kami duduk dalam kerajaan perpaduan, jadi semua parti politik kerajaan yang bertanding dalam PRN perlu menang untuk pastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan.
"DAP pasti mahu memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi, dan kami juga berharap rakan komponen seperti PKR, Amanah dan UMNO turut menang di kawasan mereka.
"Mandat daripada rakyat adalah penting, jadi sekiranya semua parti politik dalam kerajaan perpaduan boleh menang besar, ini adalah satu tanda bahawa rakyat yakin dengan kemampuan dan pencapaian kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Larian Amal Putra IOI di sini hari ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital yang juga Naib Pengerusi DAP Johor itu berkata pihaknya akan terus menyantuni pengundi daripada pelbagai latar belakang seperti yang telah dilakukan sejak dahulu selain meminta sokongan diberi kepada calon-calon UMNO dalam PRN akan datang bagi mengelak kemenangan kepada pembangkang.
Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dilapor berkata pengundi UMNO di enam negeri yang akan menghadapi PRN diminta memangkah calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Teo Nie Ching
#PRN
#ahli DAP
#wajar undi UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan