awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Bapa calon Sidam meninggal dunia

Bernama
Bernama
30/07/2023
02:15 MYT
PRN: Bapa calon Sidam meninggal dunia
Bapa kepada calon Pakatan Harapan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sidam, Bau Wong Bau Ek (gambar) meninggal dunia pada 9 malam tadi akibat penyakit kayap dan demam campak.
SUNGAI PETANI: Bapa kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam, Bau Wong Bau Ek meninggal dunia pada 9 malam tadi.
Bau Wong ketika dihubungi Bernama memaklumkan, bapanya Bau Ek Endin Soon, 87, meninggal dunia akibat penyakit kayap dan demam campak.
Beliau berkata upacara persemadian akan disempurnakan pada 1 Ogos ini, dengan jasad bapanya ditempatkan di Wat Olak Madu selama dua hari.
"Penghormatan terakhir boleh dibuat sebelum jasad dibawa keluar pada sekian tarikh untuk proses seterusnya," katanya.
Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini menyaksikan Bau Wong berdepan pertandingan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN) dari Bersatu Juliana Abdul Ghani di kerusi DUN Sidam.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bapa calon Sidam
#meninggal dunia
#Bau Wong Bau Ek
#Bau Ek Endin Soon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan