awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman

PRN: Cuti peristiwa khas Isnin ini di Negeri Sembilan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
12/08/2023
16:09 MYT
PRN: Cuti peristiwa khas Isnin ini di Negeri Sembilan
Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan cuti peristiwa khas pada Isnin selepas gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan cuti peristiwa khas pada Isnin selepas gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan.
Menteri Besar Negeri Sembilan itu membuat pengumuman tersebut pada sidang media di Seremban dalam majlis meraikan kemenangan calon-calon kedua-dua parti pada Sabtu.
Menurutnya, cuti itu diberikan bagi menghargai jasa pengundi Negeri Sembilan selain memberikan rehat tambahan kepada semua rakyat negeri tersebut.
"Saya nak umumkan bahawa hari Isnin adalah cuti peristiwa bagi Negeri Sembilan.
"Saya harap kita berehat sehari dua, selepas itu kita buat kerja dan pastikan kita bantu rakyat Negeri Sembilan ini," katanya ketika berucap di hadapan calon dan penyokong PH - BN Negeri Sembilan.
Terdahulu, gabungan PH dan BN mengekalkan status quo di Negeri Sembilan pada PRN selepas memperoleh majoriti dua pertiga.
Topic Berkaitan
#cuti peristiwan
#Isnin
#PRN Negeri Sembilan
#Aminuddin Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.