KUALA LUMPUR: Datuk Seri Amirudin Shari akan memulakan proses tindakan undang-undang dengan menyaman Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.
Menurut Menteri Besar Selangor itu, beliau telah berbincang dengan peguamnya dan meneliti ucapan Muhammad Sanusi dalam Jelajah Mega Perikatan Nasional (PN) BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra baru-baru ini.
Dakwa Amirudin, ucapan Pengerusi PN Kedah itu jelas adalah fitnah.
"Dengan tegas saya menafikan sekeras-kerasnya segala bentuk dakwaan dan tuduhan tersebut.
"Malah, perkara ini telah saya perincikan secara panjang lebar di sidang Dewan Negeri tahun lalu dan awal tahun ini serta dalam satu sidang Parlimen pada 1 Mac 2023.
"Justeru saya telah berbincang dengan peguam saya dan akan memulakan proses tindakan undang-undang terhadap Muhammad Sanusi dengan segera atas fitnah yang dilontarkan ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah Pengerusi Harapan Negeri Selangor itu lagi, tindakan Muhammad Sanusi juga didakwa sebagai percubaan oleh seorang yang amat terdesak dan ingin mengalihkan persepsi daripada segala dakwaan skandal unsur nadir bumi (REE) yang terpalit dengannya.
Terdahulu, media melaporkan Muhammad Sanusi mendedahkan skandal yang didakwa berlaku melibatkan Amirudin dengan Pengasas dan Penasihat Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.
Dakwa Muhammad Sanusi, ahli perniagaan tersebut mahu mengadakan projek sungai bernilai RM10 bilion dengan mendapatkan tanah seluas 600 ekar di Selangor.
Skandal berkenaan, dakwa beliau membabitkan syarikat milik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) bagi projek di Sungai Klang, yang didakwa akan merugikan Kerajaan Selangor sekitar RM180 juta.
Sementara Astro AWANI hari ini melaporkan Amirudin berkata proses undang-undang telah diambil terhadap segelintir pihak pembangkang yang didakwa cuba memburukkan imej dan pencapaian Kerajaan Selangor.
Jelas beliau, pihaknya dan anak syarikat terbabit mendapati sebahagian dakwaan yang dibuat bersifat tuduhan liar yang memberi persepsi salah.
Hasimi Muhamad
Fri Aug 04 2023
Dakwa Amirudin, ucapan Pengerusi PN Kedah itu ketika Jelajah Mega Perikatan Nasional (PN) BEST Sayangi Kedah Sejahtera adalah fitnah. - Foto/AWANI
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.