Skip to main content

Malaysia

PRN Johor: Menara telekomunikasi baharu bakal dibina di Kampung Seberang Gajah - Teo Nie Ching

[TB]_Tinjauan, Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi, PRN Johor_ASTRO AWANI
Teo Nie Ching (dua, kiri) melakukan tinjauan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta wakil syarikat telekomunikasi ke Kampung Seberang Gajah, Tangkak. -Foto Astro AWANI
Advertisement

TANGKAK: Sebuah menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Seberang Gajah, di sini, bagi mengatasi masalah liputan rangkaian yang masih tidak memuaskan meskipun terdapat dua menara sedia ada berhampiran.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, hasil tinjauan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta wakil syarikat telekomunikasi mendapati liputan rangkaian di kawasan itu tidak meluas dan belum mampu memenuhi keperluan penduduk secara optimum.

Susulan itu, MCMC telah memohon syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi membina sebuah menara baharu di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, pelan pembinaan menara itu telah dirancang dan kini hanya menunggu kelulusan permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum kerja pembinaan dapat dimulakan.

Beliau berharap proses kelulusan dan pembinaan menara baharu itu dapat disegerakan supaya penduduk Kampung Seberang Gajah menikmati liputan internet yang lebih berkualiti.

Turut menyertai lawatan itu ialah Ketua Pegawai Sektor Hal Ehwal Negeri MCMC, Bukhari Yahya; Pengarah Pejabat Wilayah Selatan MCMC, Rizal Abd Malek serta wakil syarikat-syarikat telekomunikasi.

 

Must Watch Video

Advertisement