JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri yang juga pengantin baharu tidak sangka hari persandingan yang dirancang hari ini akan bertembung dengan hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Bagi Zaimah Nassir, 27, dia rasa teruja apabila dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Johor walaupun agak sibuk membuat persiapan bagi majlis persandingannya dari pagi tadi.
Kata pereka grafik itu, dia terpaksa meneruskan majlis persandingannya itu kerana sudah dirancang sebelum tarikh pilihan raya diumumkan.
"Saya agak teruja kerana saya masih dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Johor, walaupun berkahwin hari ini.
"Sebenarnya, kita sudah tetapkan tarikh majlis ini sebelum tarikh pilihan raya diumumkan lagi, jadi apabila dapat tahu hari ini hari mengundi, kami buat keputusan untuk teruskan sahaja majlis," katanya.
Zaimah ditemui di pusat mengundi di Dewan Kampung Melayu dekat Kampung Melayu Majidee di sini, bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, selepas selesai mengundi.
Dia yang ditemani suaminya, pegawai kerajaan, Faiq Basri, 29, tiba di pusat mengundi itu pada jam 3.55 petang.
Pasangan pengantin baharu yang bernikah pada 25 Februari lalu itu akan terus bergegas ke Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Raja, Batu Pahat kerana Faiq pula akan mengundi bagi DUN Parit Raja
KEPUTUSAN PRN JOHOR DI SINI
Menurut Zaimah, dia bersyukur perjalanan majlis persandingannya dan proses mengundinya juga berjalan lancar.
"Walaupun lokasi majlis persandingan saya berdepan kesesakan lalu lintas memandangkan terdapat pusat mengundi juga di kawasan itu, namun dengan bantuan polis dan pasukan sukarelawan selain saudara mara, masalah kesesakan dapat diselesaikan dan berjalan lancar," katanya.
SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
Ini merupakan kali kedua Zaimah dan suaminya mengundi.
Izlaily Nurul Ain Hussein
Sat Mar 12 2022
Faiq dan isterinya, Zaimah setelah selesai melaksanakan tanggungjawab membuang undi. - Foto Astro AWANI/Izlaily Nurul Ain Hussein
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Aura Ina Naim menyerlah, 22,000 tonton pasangan pengantin baharu
Siaran tersebut memperoleh 2.7 juta tanda suka dan lebih 283,000 jumlah keseluruhan tontonan sepanjang hampir satu jam sesi berlangsung.
Pengantin baharu terlibat kemalangan di Singapura, keluarga mohon bantuan awam
Akif-Zarr yang dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru dari tempat kerja telah digilis sebuah motosikal berkuasa besar.
PRK Sungai Bakap: Raja sehari datang mengundi sebelum bersanding
Muhammad Syafiq yang ditemani isterinya, Munirah Yahya, 24 mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Jawi di sini pada jam 12.30 tengah hari.
Isteri baru dikahwini maut, suami parah tercampak dari kenderaan
Kereta Perodua Bezza yang dinaiki mangsa terbabas dan hilang kawalan serta terbalik sebelum kedua-duanya tercampak keluar.
Setahun mengurat, lelaki 86 tahun bergelar pengantin baharu
Seorang warga emas berusia 86 tahun dari Kampung Aman, Kandis di sini meluahkan rasa syukur apabila pinangannya diterima selepas setahun mengurat wanita idaman hati.
Pasangan pengantin cetus idea pakej sesi foto perkahwinan di Zoo Negara
Pengurusan Zoo Negara mewujudkan pakej sesi fotografi pengantin baharu.
PRK Johor: Tiga jari inai merah, satu jari 'inai' ungu
"Hari ini inai di jari saya ada dua warna, tiga jari di tangan kanan berwarna merah dan jari telunjuk kiri berwarna ungu."
Baru sehari kahwin, pasangan pengantin baharu ditahan edar dadah
Polis menahan sepasang suami isteri berusia 23 dan 24 tahun yang baru melangsungkan perkahwinan semalam berdekatan parkir sebuah masjid di Chikus, Langkap di sini hari ini.
Kerja pengindahan diteruskan di kawasan dikenal pasti jadi tarikan pelancong - PL
Kerja-kerja menaik taraf dan pengindahan akan diteruskan di kawasan dikenal pasti sebagai tarikan kepada pengunjung ke pulau bebas cukai ini.
Kerajaan China: Pengantin baharu, bila nak ada anak?
Kerajaan mahu pengantin baharu hamil dalam tempoh setahun dan mereka akan membuat panggilan setiap tiga bulan.