BATU PAHAT: Polis Diraja Malaysia menerima sebanyak 140 laporan membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bermula dari 26 Feb hingga Jumaat, dengan 37 kertas siasatan telah dibuka.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kes tertinggi yang disiasat adalah di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat kepada poster atau sepanduk parti politik yang melibatkan 13 kertas siasatan.
Antara kes lain yang dilaporkan adalah berkaitan ceramah tanpa permit, pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dan perbuatan yang boleh merebakkan COVID-19 dan hantaran berbaur fitnah menerusi media sosial.
Bercakap kepada media selepas menyampaikan amanat kepada pegawai dan anggota polis sempena PRN Johor di Dewan Sultan Ibrahim, Univeraiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini malam tadi, beliau berkata sebanyak 17 "kawasan panas" telah dikenal pasti dan menjadi tumpuan pada PRN kali ini antaranya berdasarkan sentimen persaingan politik.
Kamarul Zaman berkata seramai 10,988 anggota dan pegawai melibatkan 5,594 pegawai dan anggota daripada Kontinjen Johor dan 5,394 lagi bantuan luar telah bersiap siaga bagi menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negeri ini bagi memastikan kelancaran PRN untuk rakyat keluar mengundi dan proses demokrasi.
Daripada jumlah berkenaan, katanya sebanyak 112 pasukan khas yang dikenali sebagai "Pasukan Cantas PRN Johor" melibatkan 448 pegawai dan anggota telah diatur gerak untuk menjaga keselamatan serta menjalankan risikan.
Hari ini merupakan hari pengundian bagi PRN Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 11 2022

Kamarul Zaman berkata 17 'kawasan panas' telah dikenal pasti dan menjadi tumpuan pada PRN kali ini antaranya berdasarkan sentimen persaingan politik. - Gambar fail/BERNAMA

Kelayakan Euro 2024: Perancis menang bergaya, benam Belanda 4-0
Perancis memenangi perlawanan pertama sejak kekalahan di final Piala Dunia apabila mengatasi Belanda 4-0 bagi memulakan kelayakan Euro 2024 dengan penuh bergaya.

AWANI Ringkas: Kerja pembaikan paip pecah selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

AWANI Ringkas: Sediakan perkhidmatan lebih baik dan adil kepada rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

Mangsa banjir di Johor menurun kepada 263 orang pagi ini
Kesemua 64 keluarga itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi ketika ini.

Syarikat korporat, individu disaran selaraskan bantuan Ramadan, Aidilfitri
Perkara ini bertujuan memastikan sumbangan itu dapat diagihkan secara sistematik dan terus kepada golongan terlibat.

7 tip khatam al-Quran di bulan Ramadan
Rebutlah ganjaran yang Allah tawarkan di sepanjang bulan penuh kemuliaan, Ramadan.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.

Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.

Impak pengundi 18 hingga 21 tahun akan dilihat pada PRU15 - Bersih
Rata-rata pengundi muda yang berusia antara 18 hingga 21 tahun tidak mempunyai kecenderungan terhadap politik ketika ini.