JIKA dibandingkan populariti dan pengalamannya dalam industri seni dengan landskap politik, nama Altimet mungkin lebih 'sinonim' sebagai penyanyi atau pencipta lagu.
Tetapi selepas lebih tiga tahun bergiat aktif dalam politik, pelantun lagu 'Kalau Aku Kaya' itu diberikan kepercayaan oleh Pakatan Harapan (PH) sebagai calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.
Tidak sekadar berharap kepada pengaruhnya dalam dunia seni, Altimet sebaliknya meletakkan lebih 100 peratus komitmen bagi mendekati pengundi, yang hampir 40 peratus adalah golongan B40 di Lembah Jaya.
"Seperti pengalaman saya dalam industri muzik, sesiapa yang hanya bergantung kepada populariti sahaja adalah orang yang kurang bijak.
"Betul populariti kelebihan kita (tetapi) setiap orang kalau ada kelebihan, dia ada kelemahannya dan kekurangan.
"Kita kena usaha minimumkan kekurangan itu, dan pada masa sama menggunakan kelebihan itu dengan sebaik mungkin," katanya ketika ditemui Astro AWANI di Ampang.
Pemilik nama Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 44, menambah fokusnya di DUN Lembah Jaya adalah isu kekeluargaan, belia serta kelestarian yang meliputi infrastruktur, ekonomi serta peluang pekerjaan.
"Saya mengambil pendekatan dan pengalaman saya dalam industri muzik adalah menulis lagu. Apabila kita nak cari lagu untuk rakyat, kita kena turun ke rakyat dan mendengar.
"Selama tiga tahun ini, itu kerja saya. Mungkin bila orang lalu, orang nampak saya dekat warung dan nampak dia (Altimet) tak buat kerja, (tetapi) tak. Itu sebenarnya kerja... saya mengumpul maklumat, melihat aspirasi, apa kerisauan mereka, dan sebagainya.
"...Saya rasa, dari segi maklumat itu kita ada maklumat," ujarnya lagi.
Berbeza dengan beberapa selebriti yang pernah 'gagal' ketika mencuba nasib dalam arena politik, Ketua Cabang PKR Ampang itu berkata, dia yakin mampu mendapatkan kepercayaan penduduk di Lembah Jaya.
Keyakinan itu, antaranya bersandarkan kepada prestasi yang ditunjukkan setakat ini termasuk hampir 10 bulan berkhidmat sebagai penyelaras di DUN Lembah Jaya.
Dalam masa sama, dia yang sudah lebih 13 tahun bermastautin di Ampang menyifatkan pencalonannya di kerusi berkenaan bukan sebagai misi 'balas dendam' selepas penyandang sebelum ini meninggalkan PKR dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
"Kita di Lembah Jaya ini tak nak pandang belakang, (tetapi) kita nak pandang ke depan. Saya bukan seorang yang suka pandang ke belakang.
"Lebih baik kita merancang Lembah Jaya yang berjaya bersama untuk semua lapisan masyarakat," kata Altimet.
Altimet berdepan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Sharifah.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerusi Lembah Jaya dimenangi oleh Haniza Mohamed Talha atas tiket PKR dengan majoriti 14,790 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Pas serta Parti Rakyat Malaysia.
Hasimi Muhamad
Mon Jul 31 2023
Altimet diberikan kepercayaan oleh Pakatan Harapan sebagai calon di kerusi Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya pada Pilihan Raya Negeri, 12 Ogos depan. - Astro AWANI/Shahir Omar
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Cetak rompak digital: Finas, Altimet, PPIM kerjasama laksana kempen kesedaran 'android box'
Finas berkata, tindakan proaktif perlu diambil segera bagi mengatasi isu cetak rompak yang semakin meluas dengan kerugian dialami industri media dan hiburan di negara ini dianggar mencecah RM3 bilion.
Altimet rayu kerajaan tegas perangi cetak rompak digital
Altimet berkata situasi tersebut tidak hanya berlaku di Malaysia tetapi juga di negara-negara luar.
Altimet tawar bantu bayar denda Selangor FC
Altimet berkata beliau sedia berbuat demikian jika SFC sudi menerima tawaran tersebut.
[KOLUMNIS] Perkasa kreativiti rakyat Malaysia, ayuh lawan cetak rompak digital - Altimet
Jenayah cetak rompak beri kesan amat buruk kepada industri hiburan dan media negara, dengan kerugian tahunan dilaporkan sekitar RM3 bilion dan RM500 juta dalam bentuk cukai.
Waris Fiza Kamarudin layak terima faedah Perkeso
Waris Fiza Kamarudin yang meninggal dunia di London, United Kingdom layak menerima Faedah Pencen Penakat dan FPM daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Belanjawan 2024 rancakkan pertumbuhan industri kreatif - Altimet
Pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dapat dilaksanakan dengan peruntukan RM160 juta menerusi Belanjawan 2024.
Baru menang beberapa hari, Altimet dah terima pelbagai aduan rakyat
Altimet membalas beberapa hantaran mengenai aduan, antaranya pertanyaan tentang masalah air di Taman Kosas, Ampang.
PRN: 'Terima kasih pengundi Lembah Jaya, saya akan mula tugas seawal subuh esok' - Altimet
Syed Ahmad berkata tiada lagi perbezaan antara parti kerana beliau akan berkhidmat untuk semua rakyat Lembah Jaya.
PRN: 'Saya nak rehat dan tidur'- Altimet
Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau dikenali sebagai Altimet, 45, mengakui perkara itu amat memenatkan.
PRN: 'Kalau nampak di warung, itu kerja...' - Altimet daripada penyanyi ke 'wakil B40'
Tidak sekadar berharap kepada pengaruhnya dalam dunia seni, Altimet sebaliknya meletakkan lebih 100 peratus komitmen bagi mendekati pengundi, yang hampir 40 peratus adalah golongan B40 di Lembah Jaya.