awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Lebih 30 peratus keluar mengundi di Terengganu, Kedah

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2023
03:50 MYT
PRN: Lebih 30 peratus keluar mengundi di Terengganu, Kedah
Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu setakat 10 pagi pula adalah 19 peratus. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) setakat 11 pagi di Terengganu merekodkan 33 peratus manakala Kedah dan Pulau Pinang masing-masing 32 dan 29 peratus, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Selangor pula mencatatkan 28 peratus, Negeri Sembilan 27 peratus dan 26 peratus di Kelantan.
Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu setakat 11 pagi pula adalah 30 peratus.
Sebanyak 3,190 pusat pengundian mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran sempena PRN di enam negeri dibuka bermula 8 pagi tadi.
Turut dibuka ialah 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat mengundi atau saluran sempena PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.
Berdasarkan tinjauan, cuaca di kebanyakan kawasan di enam negeri yang terlibat dalam PRN dilaporkan cerah dan baik serta mendorong pengundi di beberapa negeri memilih untuk keluar awal iaitu sebelum pusat pengundian dibuka.
PRN itu melibatkan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan 45 di Kelantan.
PRK Parlimen Kuala Terengganu pula diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lepas yang membatalkan kemenangan calon Pas Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah.
Topic Berkaitan
#PRN
#peratusan keluar mengundi
#SPR
#PRN Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan