awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Lebih banyak pelaburan asing, domestik jika BN-PH menang di Kelantan

Bernama
Bernama
09/08/2023
21:15 MYT
PRN: Lebih banyak pelaburan asing, domestik jika BN-PH menang di Kelantan
Ahmad Zahid berucap pada Majlis Himpunan Jentera dan Penyokong BN-PH Pasir puteh di Dewan Terbuka Uthmaniah Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh, malam tadi. --fotoBERNAMA
PASIR PUTEH: Kerajaan Perpaduan memberi jaminan akan menarik pelaburan asing dan domestik ke Kelantan sekiranya gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu merupakan antara tumpuan BN-PH selain sektor pendidikan dan usaha mewujudkan peluang pekerjaaan kepada rakyat Kelantan.
"Kita akan bawa lebih banyak pelabur asing datang ke Kelantan seterusnya bagi peluang pekerjaan kepada anak-anak negeri...
"Kita tidak mahu anak Kelantan ramai yang menganggur, akhirnya mencari kerja di luar," katanya semasa berucap pada Himpunan Jentera dan Penyokong BN-PH Pasir Puteh di Dewan Terbuka Uthmaniyah Kampung Pulau Lima di sini malam tadi.
Hadir sama Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh Datuk Zawawi Othman.
Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi BN, juga berkata agama Islam tidak tergugat sebaliknya peruntukan kepada institusi dan hal ehwal Islam semakin bertambah sejak Kerajaan Perpaduan mentadbir negara.
"Sejak (Kerajaan Perpaduan) ambil alih (pemerintahan negara), adakah Islam terancam atau tergugat? Sebaliknya lebih banyak (peruntukan) dari zaman tiga Perdana Menteri sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#pelaburan
#PRN Kelantan
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan