KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengadakan sesi libat urus dengan hampir semua penyedia platform media sosial termasuk Telegram dan Meta sebagai usaha membendung jenayah dalam talian dan isu 3R (kaum, agama dan raja) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos depan.
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, sesi libat urus berkenaan bagi memastikan semua penyedia platform media sosial memahami undang-undang yang berkuat kuasa dalam negara.
"Ini adalah sebahagian daripada sesi libat urus biasa bersama kementerian serta Telegram, Meta dan hampir semua pengendali platform media sosial.
"Dari segi penguatkuasaan berhubung isu 3R, kita serahkan kepada polis untuk mengambil apa sahaja tindakan yang perlu," katanya dalam sidang media selepas melancarkan "Horizon" di sini pada Isnin.
'Horizon' merupakan platform penerbitan ekonomi digital yang diterbitkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebagai rujukan kepada pemegang taruh ekonomi digital tempatan dan antarabangsa.
Penerbitan ekonomi digital itu juga akan memberi fokus terhadap input dam trend pertumbuhan sektor ekonomi digital Malaysia, sekali gus mampu menarik minat para pelabur.
Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata siasatan terhadap sebarang isu termasuk 3R dilakukan tanpa rasa takut dan pilih kasih.
"Sebagai contoh, laporan polis telah dibuat sama ada mengenai kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng atau Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
"Polis akan bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih dan sesiapa sahaja yang mungkin berpotensi melanggar (undang-undang dalam negara). Apa sahaja undang-undang dalam negara yang ada, maka siasatan akan dilakukan," tambahnya.
Terdahulu media melaporkan Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, sebanyak 23 laporan dibuat terhadap Guan Eng yang dipercayai menyentuh isu 3R.
Ujarnya, siasatan terhadap kes itu dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
Sementara itu, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk G S Suresh Kumar turut mengesahkan satu siasatan ke atas Abdul Hadi yang juga Presiden Pas sedang dijalankan
Hasimi Muhamad
Mon Jul 10 2023
Fahmi berkata sesi libat urus berkenaan bagi memastikan semua penyedia platform media sosial memahami undang-undang yang berkuat kuasa dalam negara - Gambar fail/Bernama
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
USJT Bukit Aman siasat kes serangan tiga pemain bola sepak - Mohd Shuhaily
Siasatan dibuat dari semua sudut dan aspek, termasuk jika ia mempunyai kaitan dengan isu tohmahan yang melanda FAM pada bulan lepas.
Stoking tertera kalimah Allah: Polis rakam keterangan lapan individu
Setakat ini 80 laporan polis telah dibuat di seluruh negara dan siasatan yang dijalankan pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) masih di peringkat awal.
AMK buat laporan polis terhadap Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Azhar Yahya kerana mengeluarkan kenyataan berunsur 3R.
PRK: 11 laporan polis sepanjang tiga hari kempen PRK Parlimen Pulai
Sebanyak 11 laporan polis diterima sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang bermula Sabtu lalu sehingga semalam.
PRN: MCMC jumpa hampir semua penyedia platform media sosial - Fahmi
Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata siasatan terhadap sebarang isu termasuk 3R dilakukan tanpa rasa takut dan pilih kasih.
Bekas ahli MKT UMNO didakwa hari ini
Beliau yang berusia 48 tahun itu dijangka berdepan dua pertuduhan berkaitan aktiviti penghasilan dan penyebaran berita tidak benar.
Hina Jata Negara: PDRM serbu syarikat penerbitan
Polis menyerbu pejabat sebuah syarikat penerbitan yang dikaitkan dengan penghinaan terhadap logo Jata Negara di Seksyen 11, Petaling Jaya.
Muat naik video palsu: Fuziah Salleh akan didakwa esok
Bekas timbalan menteri itu akan akan berhadapan pertuduhan jam 8.30 pagi esok berhubung kiriman yang dibuatnya menerusi Facebook baru-baru ini.
Yusoff Rawther beri keterangan lebih tujuh jam di Bukit Aman
Polis telah mengambil keterangan bekas pekerja Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Yusoff Rawther di Ibu Pejabat Bukit Aman pada Isnin.