MELAKA: Pertembungan banyak penjuru di kebanyakan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, mula menyaksikan kemeraihan suasana berkempen parti-parti yang bertanding.
Tinjauan Bernama mendapati perang bendera yang menjadi tradisi dalam kempen pilihan raya kelihatan mula rancak walaupun parti-parti bertanding tidak dibenarkan berkempen melibatkan perhimpunan orang ramai bagi mengekang penularan COVID-19 pada PRN kali ini.
Bendera Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sudah mula memenuhi kawasan strategik dan tepi jalan raya terutamanya di sekitar perkampungan penduduk.
DUN Duyong, Ayer Molek, Lendu dan Bukit Katil antara kawasan yang didapati paling banyak dinaikkan bendera gabungan parti-parti yang bertanding.
Bagaimanapun, bendera Perikatan Nasional (PN) masih belum menunjukkan taringnya apabila hanya beberapa kawasan DUN seperti Ayer Keroh dan Pantai Kundor, kelihatan bendera pakatan itu.
Selain bendera, perang poster calon dan sepanduk yang memujuk pemilih untuk mengundi calon parti bertanding juga sudah mula meriah.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov manakala undi awal pada 16 Nov, susulan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas setelah empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Melaka yang mempunyai 28 kerusi DUN, memiliki seramai 495,195 pengundi berdaftar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
Kelihatan bendera Parti Pakatan Harapan dan Barisan Nasional mula dipasang menghangatkan suasana sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di kawasan sekitar Ayer Molek ketika tinjauan hari ini. - Foto BERNAMA
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
PRN: Perang bendera di Selangor tidak semeriah PRU15
Kebanyakan bendera-bendera yang dipasang juga tidak menampakkan persaingan untuk mana-mana parti memonopoli sesuatu kawasan.
PRN Melaka: Perang bendera mula rancak
Pertembungan banyak penjuru di kebanyakan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, mula menyaksikan kemeraihan suasana berkempen parti-parti yang bertanding.
Kempen PRK Kimanis baru 'panas enjin'
Bahan kempen seperti poster dan bendera dilihat semakin rancak dipasang di tepi jalan utama walaupun masih belum secara menyeluruh.
Tanjung Piai Memilih: Calon dijangka lebih agresif dalam pusingan kedua kempen
Bagi Karmaine, tekadnya yang mahu berjumpa sekurang-kurangnya 10,000 pengundi sehari di kawasan Parlimen itu, direalisasikan melalui sesi tinjauan mesra bermula seawal 7 pagi.
PRU14: UMNO dekati pengundi luar untuk tawan Kelantan
Ketika ini terdapat perubahan dalam sokongan kumpulan itu terhadap UMNO terutama di kalangan orang muda dari Kelantan yang menetap di luar negeri itu serta golongan mahasiswa.