Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai telah berjalan selama tujuh hari sehingga malam tadi, dan hari ini sudah masuk pusingan kedua bagi kesemua enam calon yang bertanding untuk mengeluarkan segala "senjata" yang ada bagi menawan hati pengundi di kawasan Parlimen itu.
Berbaki tujuh hari lagi menjelang hari pengundian, semua calon pastinya merangka strategi baharu bersama jentera masing-masing dalam mengatasi segala kekurangan dan kelemahan yang ada sepanjang tujuh hari kempen sebelum ini.
Bagi calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini, tekadnya yang mahu berjumpa sekurang-kurangnya 10,000 pengundi sehari di kawasan Parlimen itu, direalisasikan melalui sesi tinjauan mesra bermula seawal 7 pagi dan berakhir lewat malam melalui ceramah, setiap hari.
"Setakat tujuh hari ini, saya dah masuk semua tempat dalam pusat daerah mengundi (PDM), sama ada berjumpa dengan jentera dan penduduk. Fokus saya selepas ini ialah dari rumah ke rumah, kita akan berjumpa seberapa ramai yang mungkin," katanya.
Bagi calon berusia 66 tahun itu, adalah penting untuk mengekalkan kemenangan di 10 PDM yang menang ketika Pilihan Raya Umum yang ke-14 (PRU14), dan dalam masa yang sama, cuba "mencuri hati" pengundi di 17 PDM, yang disifatkan kawasan "lawan".
Pada PRK kali ini, 10 PDM itu mewakili 26,485 pengundi atau 49.98 peratus daripada jumlah pengundi di kawasan Parlimen Tanjung Piai iaitu 52,986 orang pengundi. Pada PRU14, calon PH iaitu Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik memperolehi 21,255 undi, lebih 524 undi daripada calon Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng yang memperolehi 20,731 undi manakala Nordin Othman (PAS) meraih hanya 2,962 undi.
Bagi Karmaine, Ketua Bersatu Tanjung Piai, yang tewas di kerusi Parlimen Pontian pada PRU14, tujuh hari pertama kempen menyaksikan beliau kerap turun padang untuk sesi tinjauan mesra dan selesa untuk bersemuka dengan masyarakat setempat, yang dilihat mampu memberi "sentuhan mesra" kepada kempen beliau.
Seawal hari pertama lagi, Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut meluangkan masa bertemu dengan jentera-jentera PH, supaya dapat menyuntik semangat kepada semua yang terlibat.
Selain itu, Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal, yang dilantik sebagai Pengarah Jentera PH bagi PRK kerap ke daerah Pontian bersama-sama "nakhoda utama" iaitu Timbalan Presiden PH dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut bertemu masyarakat sekitar.
Selain Karmaine, calon lain yang bertanding adalah Wee mewakili BN, yang juga mahu menebus kekalahan dalam PRU lepas, calon Gerakan Wendy Subramaniam, calon Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz dan dua calon bebas iaitu Dr Ang Chuan Lok dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar.
Bagi Wee, 55, sepanjang tujuh hari berkempen, beliau juga cuba menemui seberapa ramai yang mungkin dan akan meneruskannya sehingga hari pengundian.
Sementara, Wendy, 38, yang juga seorang peguam, sudahpun bertemu kira-kira 40 peratus masyarakat daripada keseluruhan 27 PDM setakat ini dan akan lebih agresif dalam kempen beliau.
Selain tiga calon daripada parti utama, calon Berjasa, Badrulhisham, 56, juga dilihat menggunakan kaedah tinjauan mesra untuk bertemu pengundi di kawasan itu.
Daripada enam calon yang bertanding, hanya calon Gerakan dan Berjasa mengeluarkan manifesto atau isu rakyat yang menjadi keutamaan mereka.
Bagi dua calon bebas, kedua-duanya seakan-akan 'tidak gentar' dengan parti-parti utama malah mengambil pendekatan yang kelihatan tidak serius berkempen.
Ang, 49, yang merupakan pengasas sebuah pusat tuisyen di daerah Pontian, telah mengumumkan akan berkempen sepenuhnya melalui media sosial iaitu akaun Facebooknya, namun kelihatan tiada pengumuman atau "manifesto" berkempen di akaunnya, dan sekadar memuat naik beberapa keping gambar bersalaman dengan pengundi.
Bagi Faridah, 45, yang mewakili Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) pada saat akhir, hanya muncul untuk turun padang berkempen mulai semalam, enam hari selepas penamaan calon pada 2 Nov, dan dengan hanya 18 orang sebagai jentera, beliau berharap dapat menumpukan perhatian untuk berkempen pada tempoh terakhir ini.
Perang bendera juga hanya dari parti-parti utama iaitu PH (merah) dan BN (biru), manakala Berjasa yang menggunakan warna hijau hanya boleh dilihat di beberapa tempat sahaja. Bagaimanapun, proses kempen setakat ini dilihat lancar tanpa sebarang kekecohan besar yang mengganggu ketenteraman awam.
Sehingga 6 Nov, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak 37 kesalahan pilihan raya yang mana kebanyakannya melibatkan pemasangan bahan kempen dan papan iklan di kawasan yang tidak dibenarkan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menerima sebanyak sembilan laporan yang mana tiga telah dibuka kertas siasatan.
Pusingan kedua kempen yang bermula hari ini, dijangka menjadi lebih sengit terutama dengan kehadiran ramai "tonggak utama" parti yang akan membawa kehangatan kepada musim pilihan raya di Tanjung Piai ini.
Pengundian PRK Parlimen Tanjung Piai yang merupakan PRK kesembilan sejak PRU lepas, akan diadakan pada 16 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 09 2019
Karmaine ketika menyampaikan amanatnya di PDM Lubok Sawah di Rumah Sa'don Wakijo, Batu 4, Kampung Sawah, Pontian, malam tadi. --fotoBERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Thomas: Malaysia muncul naib juara Kumpulan D
Malaysia melolosi Kumpulan D Piala Thomas selaku naib juara apabila tunduk 2-3 kepada Denmark, sebentar tadi.
10 Berita Pilihan - (30 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak di bawah bidang kuasa negeri - Mohd Na'im
Hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai adalah di bawah bidang kuasa negeri.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
FAM buat persiapan awal aksi menentang Krygystan, Taiwan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat perancangan awal dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Tumpuan Rabu - 01 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).