KUALA LUMPUR: Tawaran Perikatan Nasional (PN) untuk melantik wanita sebagai Ketua Menteri, ternyata belum mampu memikat pengundi Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) atau memberi mandat kepada gabungan parti itu untuk memerintah negeri.
Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, 45, yang menjadi taruhan PN kecundang dalam persaingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara apabila Ahli Parlimen Masjid Tanah itu kekurangan 364 undi berbanding Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang julung kali bertanding mewakili Barisan Nasional (BN), memperoleh 3,559 undi.
Ab Rauf yang juga Pengerusi UMNO Melaka berjaya mengatasi Mas Ermieyati merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, yang memperoleh 3195 undi.
Ini kali pertama seorang wanita dan 'muka baharu' yang dipertaruhkan sebagai calon ketua menteri dalam pilihan raya negeri kali ini.
Selain Mas Ermieyati, dua lagi taruhan calon Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Sulaiman Md Ali (BN) dan Naib Presiden Amanah Nasional, Adly Zahari yang merupakan calon dari PH, turut menang mudah di kerusi masing-masing.
Sulaiman memenangi kerusi DUN Lendu dengan majoriti undi 4,486, manakala Adly mengekalkan kerusi DUN Bukit Katil dengan undi majoriti 1,057.
Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali melihat kemenangan Sulaiman mampu meneruskan kembali kestabilan politik di negeri itu.
Pengalaman dan kematangan Sulaiman mentadbir Melaka sebelum ini membuktikan beliau layak dipilih sekali lagi untuk mengemudi negeri bersejarah itu, katanya.
"Bagaimanapun beliau (Sulaiman) mungkin kena belajar daripada kesilapan dan pengalaman yang lepas supaya politik di Melaka semakin matang serta tidak hilang fokus dengan kuasa sebaliknya mementingkan kepentingan rakyat," katanya kepada Bernama.
Sulaiman dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Istana Melaka, awal pagi ini.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Jamaie Hamil berkata kemenangan Adly adalah disebabkan pesona dan latar belakang bekas ketua menteri itu yang lebih disenangi oleh penduduk setempat.
Menurut Jamaie aura Adly sendiri yang telah dikenali oleh penduduk Melaka dilihat menjadi faktor beliau memenangi kerusi DUN Bukit Katil, selain dibantu rakan dalam PH seperti DAP dalam kempen pilihan raya.
Menyentuh mengenai kekalahan Mas Ermieyati di DUN Tanjung Bidara pula, Jamaie berkata perkara itu telah dijangka memandangkan kawasan itu merupakan kubu kuat BN.
Jelasnya, walaupun Mas Ermieyati pernah menjadi tokoh kuat di Melaka, namun kemenangan beliau sebelum ini adalah atas tiket BN sebelum beralih kepada Bersatu dan tindakan itu kurang disenangi penduduk setempat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021
Tawaran Perikatan Nasional untuk melantik Mas Ermieyati sebagai Ketua Menteri wanita pertama ternyata belum mampu memikat pengundi Melaka. - Gambar fail
Lelaki kekal dilepas dan dibebaskan tuduhan rogol budak umur 4 tahun
Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebas dan melepaskan seorang lelaki daripada tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang kanak-kanak.
[TERKINI] Reaksi peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional
Bersama kita di dalam talian Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid, untuk memberi pandangan secara terus berkenaan dengan pelancaran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS).
[TERKINI] Majlis Peluncuran Strategi Pembenterasan Rasuah Nasional
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim & Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki hadir ke Majlis Peluncuran Strategi Pembenterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategy [NACS]) Anjuran SPRM di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya.
Kerajaan tegas tak benarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel berada di Malaysia – PM Anwar
Lockheed Martin dan BAE System tidak berdaftar di Israel sepertimana syarikat perkapalan ZIM.
Apple sedang bangunkan cip kendiri untuk jalankan perisian AI
Cip AI kendiri ini akan digunakan di pusat data Apple dengan ini
Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan
Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.
AWANI Ringkas: Proton catat pertumbuhan 17.1% untuk April
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
BJAK masih tawar khidmat pembaharuan cukai jalan, caj pembekal rasmi JPJ ditanggung
JPJ memandang serius kandungan iklan BJAK berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan LKM secara online yang ditawarkan kepada orang awam.
Bursa Malaysia bermula positif, lepasi 1,600 mata
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.87 mata kepada 1,602.26 daripada 1,597.39 semalam.
Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, pada jam 11 pagi tadi.
PRN Melaka: Taruhan PN lantik wanita jadi Ketua Menteri tidak menjadi
Penganalisis berpendapat kemenangan Adly adalah disebabkan pesona dan latar belakangnya yang lebih disenangi oleh penduduk setempat.
PRN Melaka: PN lantik calon ketua menteri daripada Bersatu - Muhyiddin
Calon Ketua Menteri Melaka bagi Perikatan Nasional (PN) akan dilantik dalam kalangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
PRN Melaka: Anwar cadang calon ketua menteri PH, BN, PN berdebat di TV, radio
Anwar mencadangkan satu debat terbuka dianjurkan antara calon ketua menteri daripada PH, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) disiarkan melalui media rasmi kerajaan itu.
Siapa Ketua Menteri Sarawak kalau PSB menang PRN12?
Adakah Datuk Seri Wong Soon Koh atau Baru Bian akan dicalonkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu dari Parti Sarawak Bersatu (PSB)?