SHAH ALAM: Tular di media sosial berkaitan calon daripada Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kerusi Dewan Undangan Negeri Kesidang, Leong Hui Ying yang tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan.

Berdasarkan video yang berdurasi 58 saat tersebut, Hui Ying ditanyakan beberapa soalan dalam bahasa Melayu oleh pengamal media namun tidak dapat dijawab.

Berdasarkan ciapan @Gang_Utara di Twitternya memaklumkan, Hui Ying merupakan bekas pelajar di Puey Fong High School Melaka iaitu Sekolah Menengah Persendirian Cina, UEC.

Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Pertuturan di Universiti Shih Hsin, Taiwan.

“I will try my best (saya akan cuba yang terbaik),” respon beliau ketika ditanya soalan bagaimana ingin bersaing dengan senior di dalam politik ini.

Menurut pengguna Twitter, @meldflique, tidak seharusnya negara untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang tidak reti bertutur dalam bahasa kebangsaan.

“Ia umpama kontrak sosial dahulu yang langsung diinjak-injak (dipijak),” ujarnya.

Namun, Hui Ying pada Isnin, dalam satu video menjawab dakwaan yang beliau tidak fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan.