awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Peratusan undi awal di 4 negeri rekod lebih 80 peratus

Bernama
Bernama
08/08/2023
07:12 MYT
PRN: Peratusan undi awal di 4 negeri rekod lebih 80 peratus
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Terengganu merekodkan peratusan tertinggi iaitu 85 peratus, diikuti Kelantan dan Negeri Sembilan, masing-masing dengan 83 peratus manakala Kedah dengan 81 peratus. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Empat negeri merekodkan peratusan keluar mengundi lebih 80 peratus bagi undi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu setakat 1 tengah hari.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Terengganu merekodkan peratusan tertinggi iaitu 85 peratus, diikuti Kelantan dan Negeri Sembilan, masing-masing dengan 83 peratus manakala Kedah dengan 81 peratus.
Pulau Pinang pula merekodkan 80 peratus; Selangor dengan 78 peratus manakala peratusan undi awal PRK Parlimen Kuala Terengganu direkodkan sebanyak 80 peratus.
Undi awal membabitkan 49,660 anggota tentera dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing di enam negeri yang terlibat PRN.
Sementara, seramai 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan akan terlibat dengan proses pengundian awal bagi PRK Kuala Terengganu.
Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena PRN di enam negeri, dibuka serentak bermula 8 pagi ini.
Turut dibuka tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#peratusan keluar mengundi
#undi awal
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan