awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 mayat ditemukan selepas letupan kilang makanan di tengah Greece
Tiada LRA ditutup susulan pencemaran air di Sungai Sayong - Exco
Gempa bumi bermagnitud 5.5 gegarkan Gansu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Ambil langkah pencegahan elak penularan influenza

Bernama
Bernama
22/10/2025
20:30 MYT
PRN Sabah: Ambil langkah pencegahan elak penularan influenza
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan laporan ME 42/2025, kadar konsultasi kes influenza di negara ini didapati meningkat kepada 13,508 pesakit termasuk 1,174 di Sabah. - Gambar fail/BERNAMA
TAWAU: Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan semua pihak agar mengambil langkah pencegahan sewajarnya bagi mengelak penularan kes influenza semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 bulan depan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata individu yang bergejala diingatkan agar memakai pelitup muka ketika terlibat dalam aktiviti kempen dan pada hari pengundian.
"Kalau bergejala, janganlah keluar. Anak-anak yang bergejala janganlah hantar ke sekolah, kalau kita di kawasan sesak, pakai pelitup muka dan jaga etika batuk serta bersin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu Klinik Desa Sungai Imam, Merotai di sini semalam..
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17, manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 15 Nov dan pengundian awal pada 25 Nov.
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan laporan Minggu Epidemiologi (ME) 42/2025 mendapati kadar konsultasi kes influenza di negara ini meningkat kepada 13,508 pesakit termasuk 1,174 di Sabah.
Beliau berkata KKM bersedia menangani penularan wabak influenza A semasa musim pilihan raya antaranya melalui pemantauan simptom Penyakit Seperti Influenza (ILI) seperti demam, batuk dan sakit tekak serta Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).
Menurut beliau, beberapa klinik kesihatan di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Menggatal, Luyang, Lahad Datu, Membakut dan Tandek sedang menjalankan pemantauan itu, di samping Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu serta Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas.
"KKM juga bersiap siaga dengan memastikan bekalan ubat mencukupi seperti ubat antiviral serta dari aspek vaksinasi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Influenza
#Dzulkefly Ahmad
#pelitup muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan