awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Hajiji saman pihak tular video palsu hal tanah

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2020
10:36 MYT
PRN Sabah: Hajiji saman pihak tular video palsu hal tanah
Hajiji berkata, dakwaan tersebut yang dilihat satu agenda bagi menjatuhkan reputasi beliau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Ketua Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor akan mengambil tindakan ke atas pihak yang mentularkan video mendakwa beliau telah merampas tanah orang kampung untuk diserahkan kepada syarikat miliknya.
Beliau berkata tindakan seperti laporan polis dan saman akan dibuat dalam masa terdekat sebagai maklum balas berhubung dakwaan tersebut yang dilihat satu agenda bagi menjatuhkan reputasi beliau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
"Itu tidak betul. Perkara ini saya rujuk kepada peguam saya termasuk (tindakan) saman. Ini fitnah dan bukan fakta. Dalam politik boleh cakap apa sahaja tapi cakaplah yang betul, jangan main cakap sahaja. Tindakan ini (adalah satu tindakan) 'terdesak," katanya.
Calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman itu berkata demikian selepas program ramah mesra di Kampung Selaud, Tuaran, kira-kira 40 kilometer dari Kota Kinabalu yang turut dihadiri Naib Presiden Bersatu merangkap Exco Kerajaan Negeri Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.
Video yang tular di media sosial itu mendakwa Hajiji telah merampas 30 ekar tanah orang kampung di Kuala Tongol, Tuaran dan diserahkan kepada syarikat miliknya.
Pada PRN Sabah kali ini, penyandang kerusi DUN Sulaman selama enam penggal sejak 1990 itu berdepan pertandingan tiga penjuru menentang calon PCS Datuk Rekan Hussein dan calon Warisan yang juga anak saudaranya, Datuk Aliasgar Basir.
Terdahulu dalam majlis hari itu, Hajiji meminta rakyat Sabah mengubah nasib mereka yang terabai sewaktu di bawah pemerintahan kerajaan negeri sebelum ini dengan membuat keputusan bijak pada hari pengundian Sabtu depan.
Topic Berkaitan
#Bersatu Sabah
#Datuk Seri Hajiji Mohd Noor
#DUN Sulaman
#Hajiji Mohd Noor
#Pilihan Raya Negeri Sabah
#PRN Sabah
#rampas tanah orang kampung
#reputasi
#Sabah Memilih
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan