awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: MCMC bincang dengan SPR, PDRM pastikan bahan kempen patuh peraturan - Fahmi

Bernama
Bernama
16/10/2025
14:00 MYT
PRN Sabah: MCMC bincang dengan SPR, PDRM pastikan bahan kempen patuh peraturan - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata perbincangan itu penting memandangkan banyak aktiviti berkempen dijangka dijalankan secara dalam talian melalui media sosial sepanjang PRN Sabah ke-17. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dalam talian terutama menerusi media sosial mematuhi peraturan ditetapkan.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata perbincangan itu penting memandangkan banyak aktiviti berkempen dijangka dijalankan secara dalam talian melalui media sosial sepanjang PRN Sabah ke-17.
"Satu daripada perkara yang akan dibincangkan ialah tindakan segera yang boleh diambil oleh SPR sekiranya ada kandungan yang dikenal pasti sebagai melanggar peraturan kempen PRN.
"Saya juga meminta MCMC agar mengadakan perbincangan dengan PDRM untuk memberi taklimat kepada semua wakil calon yang akan melakukan pemantauan sepanjang tempoh berkempen mengenai kemungkinan maklumat palsu atau bahan-bahan tidak dibenarkan yang tersebar dalam media sosial," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada Salamat Tambanan, 66, wartawan sambilan Asia Times Pulse yang kehilangan kediaman akibat tanah runtuh di Kampung Sarapung, Penampang, baru-baru ini.
Turut hadir pada majlis yang diadakan di Pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Sabah di sini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj yang juga Pengarah Projek Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025.
SPR menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 15 Nov dan tarikh pengundian awal pada 25 Nov.
Terdahulu, ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi libat urus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Pelantikan Panel Penasihat NADI Sabah di sini hari ini, Fahmi berkata satu jawatankuasa khas antara MCMC dan SPR akan ditubuhkan membolehkan penguatkuasaan dilakukan sepanjang PRN Sabah.
"Kita akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat, insya-Allah minggu depan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#MCMC
#PDRM
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan