Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman membuat kejutan apabila bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Saddi berdepan pertandingan lima penjuru bagi mempertahan kerusi tersebut.

Empat pencabar lain ialah calon Barisan Nasional (BN) Jafry Ariffin yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan, Malaya Kasurah (PCS), Amrah Liwangsa (Warisan dan Datuk Jakariah Janit (Parti Gagasan Rakyat Sabah).

Menurut Pegawai Pengurus pilihan raya N59 Sukau, pihaknya berpuas hati dengan kertas-kertas pencalonan dan tiada calon yang ditolak.

"Selepas menyemak kertas-kerta penamaan, saya berpuas hari memutuskan tiada calon yang ditolak kertas penamaannya," ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.

Pada PRU14, Saddi menang menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 1,628 undi.

Saddi meraih undi sebanyak 4,660 undi manakala tiga calon lain, Ismail Mohd Ayub (Parti Warisan Sabah) perolehi 3,032 undi, Abdul Gani Kosul (Parti Perpaduan Rakyat Sabah) 71 undi dan Muarrifdin Malek (Parti Harapan Rakyat Sabah) 117 undi.