Polis tidak menolak kemungkinan ada beberapa individu dari negara jiran yang memiliki dua kewarganegaraan akan masuk ke Sabah untuk mengundi dan membuat kekacauan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata ada desas-desus mengatakan kumpulan ini mempunyai agenda untuk menyokong sesuatu pihak pada PRN Sabah.
Beliau berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang ingin masuk ke Sabah untuk menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.
"Sekiranya kita dapat tangkap mereka ini, dan mendapati sah mereka ada dua kerakyatan, kita akan batalkan kad pengenalan mereka serta mengusir individu berkenaan keluar dari Malaysia.
"Janganlah sesekali cuba untuk mengganggu-gugat proses demokrasi di negara ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal PRN Sabah di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.
Abdul Hamid berkata seramai 270 pegawai dan anggota polis di Sabah tidak dapat mengundi awal hari ini kerana mereka terpaksa melalui proses kuarantin.
"Ada mereka yang berada di Lahad Datu dan ada juga di Kota Kinabalu. Mereka dikuarantin kerana telah terlibat dalam operasi menangkap warga asing yang kemudiannya disahkan positif COVID-19," katanya.
Beliau berkata setakat ini proses pengundian awal di seluruh Sabah berjalan lancar dan terkawal.
"Saya harap semua pegawai dan anggota polis segera keluar mengundi kerana saya lihat cuaca bila-bila masa sahaja akan hujan. Lebih awal datang, lebih baik," katanya.
Pada masa yang sama, beliau meminta orang ramai agar sentiasa berjaga-jaga dengan ancaman COVID-19.
"Jangan terlalu ghairah untuk pergi mendengar kempen sehinggakan lupa tentang ancaman lebih besar iaitu COVID-19 kerana dalam beberapa hari ini jumlah jangkitan COVID-19 di Sabah meningkat dengan tinggi sekali," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 22 2020

Abdul Hamid berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang ingin masuk ke Sabah untuk menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.- Gambar fail/BERNAMA

Bapa Bob Lokman didenda RM4,000 atas kesalahan ugut, rosak harta masjid
Bapa Bob Lokman didenda RM4,000 atau penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengugut pegawai masjid dan melakukan khianat.

Ini yang anda perlu tahu mengenai Proklamasi Darurat
Ordinan Darurat yang diisytiharkan baru-baru ini mencetus 1,001 persoalan kepada segelintir rakyat Malaysia.

Hiburan | Kemenangan Bront Palarae di Anugerah Televisyen Asia ke 25
Anugerah Televisyen Asia 2020 yang berlangsung secara maya pada Sabtu menyaksikan aktor Bront Palarae dinobatkan sebagai pemenang Best Leading Male Performance - Digital.

PSR: Nelayan dakwa pampasan tidak masuk akal dengan projek bertaraf mega
Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang berkata nilai pampasan yang dicadangkan terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah projek yang ingin dibangunkan.

TERKINI: Bekalan darah HRPZ II kritikal

Pasar Awam Apollo diarah tutup, gagal patuhi SOP
Keadaan di pasar itu didapati terlalu sesak sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

COVID-19 | Adakah SOP ketika ini memadai bendung penularan?
Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes COVID-19 dengan semalam kes harian baharu tertinggi direkodkan dalam negara iaitu 4,029 kes. Untuk mengulas mengenai perkara ini, bersama dengan kita ketika ini ialah Pakar Dasar Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng.

COVID-19 | JAWI anjur program Wilayah Persekutuan Bermunajat
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui masjid, surau Jumaat, dan surau di seluruh Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menganjurkan program Wilayah Persekutuan Bermunajat.

Ozil dilapor tamat kontrak Arsenal, pindah ke Fenerbahce
Ozil, 32, tidak tampil bermain untuk Arsenal sejak Mac lalu dan dipinggirkan daripada skuad Liga Premier dan Liga Europa.

COVID-19: JAWI anjur program Wilayah Persekutuan Bermunajat malam ini
JAWI memaklumkan, antara pengisian program itu adalah solat Hajat, zikir dan doa munajat bermula pada malam ini, selepas solat Maghrib.

PKP: Cuti pegawai, anggota polis di seluruh negara dibekukan - KPN
Pembekuan cuti pegawai dan anggota polis dikeluarkan untuk menjamin kekuatan maksimum PDRM bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PKP 2.0: Kebenaran rentas negeri diberi atas budi bicara polis - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan budi bicara bagi mereka yang terkandas di sesuatu kawasan untuk melakukan perjalanan rentas negeri ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Suspek sunting video hina lagu Indonesia Raya disyaki warga seberang - KPN
Maklumat diperoleh hasil soal siasat terhadap seorang buruh warga Indonesia di Sabah yang juga salah seorang suspek kes itu.

Macau Scam: Siasatan terhadap 29 pegawai, anggota polis hampir selesai - KPN
Siasatan kes berkenaan sudah hampir diselesaikan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman

Polis perketat kawalan jualan peluru di Sabah, Sarawak - KPN
Langkah itu bagi memastikan kegiatan penjualan peluru kepada pemilik senjata api haram yang didakwa berlaku secara berleluasa dapat dibanteras.

Kartel daging: PDRM turut buka kertas siasatan - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan selepas menerima beberapa laporan polis termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

PDRM akan rujuk penjenayah warga asing kepada Imigresen untuk diisytihar persona non grata
PDRM senada dengan Jabatan Imigresen dalam hal ini bagi mengekang kegiatan jenayah di dalam negara ini yang didalangi oleh warga asing.

Ketua sindiket, scammers perlu diisytihar 'persona non grata' - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, selepas mereka diisytiharkan sebegitu, mereka tidak lagi akan dibenarkan memasuki negara ini untuk seumur hidup.

PDRM belum terima laporan rancangan serangan penggganas di India babit Dr Zakir Naik - KPN
PDRM amat mengalukan-alukan sebarang perkongsian maklumat berhubung perkara berkenaan.

Pegawai, anggota polis disaran tidak main Tik Tok, cemar imej PDRM - KPN
Beliau berkata perbuatan seperti menari di dalam aplikasi berkenaan tidak "manis" dilakukan oleh seseorang pegawai mahupun anggota dalam sesebuah pasukan beruniform.