awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
OM selesaikan ganjaran hadiah kewangan bekas atlet olahraga
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Saingan tiga penjuru di DUN Dusun Tua

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/07/2023
07:44 MYT
PRN: Saingan tiga penjuru di DUN Dusun Tua
Johan (tengah) daripada BN berdepan Al Hafiz Ikhwan mewakili Muda, manakala PN mempertaruhkan Azhar - Foto/FB Johan Abd Aziz
HULU LANGAT: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua yang menjadi pertikaian antara Barisan Nasional (BN) dan DAP menyaksikan saingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.
Kerusi tersebut direbut oleh Datuk Johan Abd. Aziz daripada Barisan Nasional (BN), Al Hafiz Ikhwan Mohamad Asaad mewakili Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), manakala Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan Azhar Hambali.
Pengumuman rasmi nama-nama calon dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Haizul Faisal Abdul Hamid.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerusi DUN Dusun Tua dimenangi oleh Edry Faizal Eddy Yusof daripada DAP dengan majoriti undi sebanyak 10,422 ketika menentang Mohd Zin (BN) dan Razaly Hassan (Pas).
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Johan yang juga Pengerusi BN Hulu Langat berkata isu penyerahan kerusi DUN Dusun Tua kepada BN, disifatkan telah selesai dan ia diputuskan sendiri oleh Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.
Beliau juga yakin penyokong Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP akan memberikan sokongan kepadanya dalam PRN ini.
Media sebelum ini melaporkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mengakui sedikit terkilan apabila kerusi Dusun Tua yang disandang parti itu diserahkan kepada BN.
Begitupun, Loke dalam sidang akhbar pada Ahad berkata sebagai pertukaran, parti itu meletakkan syarat agar Lau Weng San dilantik sebagai Speaker DUN Selangor sekiranya PH-BN membentuk kerajaan di Selangor.
Topic Berkaitan
#DUN Dusun Tua
#PRN
#PRN Selangor
#DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan