MALAYSIA
PRN Sarawak: Beri separuh jumlah bantuan sebelum ini sudah memadai - Peniaga

Pentas Anak Linnya (gambar) mengharapkan bantuan dapat diteruskan bagi membantu peniaga kecil seperti mereka meneruskan kelangsungan hidup. - Astro AWANI
KUCHING: Bantuan kepada peniaga kecil secara one-off oleh kerajaan negeri dipimpin Gabungan Parti Sarawak di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) cukup membantu mereka.
Ditambah dengan Geran Khas Prihatin oleh Kerajaan Pusat, para penjual sayur di Pasar Kubah Ria, Kuching ini sedikit sebanyak boleh menarik nafas untuk membuat pusingan modal dan sewa.
Tinjauan Astro AWANI di pasar sementara Kubah Ria, Kuching itu mendapati, tiada yang diharapkan para peniaga selain bantuan sedemikian diteruskan kerajaan baharu yang akan mentadbir negeri Sarawak.
Bagi penjual buah-buahan, Pentas anak Linnya, 55, bantuan itu cukup penting ekoran kemerosotan pendapatan mereka susulan pandemik COVID-19.Katanya, hampir dua tahun mereka tidak boleh 'bebas' berniaga selain ketiadaan pelanggan.
"Bantuan ini bagus la untuk kami pusing modal, bayar sewa selama ini kan perniagaan menurun. Sedikit sebanyak boleh tampung sikit-sikit.
"Saya harap kerajaan negeri dan Pusat nanti boleh teruskan beri kami bantuan. Jika tidak boleh beri sepenuhnya mungkin boleh beri separuh daripada jumlah bantuan," katanya kepada Astro AWANI.

Diray Linnya menyusun sayuran yang dijual di Pasar Kubah Ria, Kuching.
"Saya berharap agar sewa dapat dikurangkan kerana kami kekurangan pelanggan. Banyak pelanggan lari ke tempat lain.
"Selain itu, kami juga di pasar sementara ini berdepan dengan risiko cuaca, panas dan hujan. Hal ini menambah lagi kesukaran mendapat pelanggan," katanya.

Roy (gambar) menyusun sayur-sayuran di Pasar Kubah Ria, Kuching.
Ketika pandemik, dia seperti hilang arah hingga hampir putus asas apabila mereka tidak dibenarkan berniaga susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Tetapi bagi la, ada bantuan daripada kerajaan negeri BKSS. Dapatlah RM1,500 dan RM2,500. Syukur juga. Bantuan itu saya buat pusing modal apabila kerajaan benarkan perniagaan beroperasi dengan SOP ketat," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami