LINGGA: Berusia 162 tahun, Gereja St Paul yang terletak di Kampung Banting, Lingga menyimpan 1,001 nilai sejarah dan warisan keagamaan.
Gereja yang didirikan pada 1859 itu pada asalnya dibina menggunakan kayu belian, dan dikatakan antara yang tertua di Sarawak.
Merentasi ratusan tahun, Gereja St Paul masih tersergam utuh, bahkan mampu menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.
Astro AWANI baru-baru ini berpeluang menyelusuri Sungai Batang Klaoh untuk ke kawasan tersebut yang mengambil masa sekitar 50 minit untuk tiba di Kampung Banting, dari Pekan Lingga, dengan menaiki bot.
Panorama indah di sepanjang sungai menjadikan perjalanan ke kampung yang menempatkan 11 rumah panjang itu, seolah-olah begitu singkat.
Ketibaan kru Astro AWANI di kampung itu disambut mesra penduduk kampung dan Penghulu Kawasan Banting, Bellie Anak Blassan.
"Gereja ini dijaga oleh orang kampung sejak 2002 secara bergilir-gilir sebab ketika itu tiada orang yang menguruskan gereja, dan ia diurus oleh saya sendiri sebagai penolong gereja," kata Bellie, 72 tahun.
Peredaran masa menyaksikan gereja St Paul juga melalui beberapa fasa penambahbaikan daripada kayu belian sehingga ke batu konkrit.
Jelas Bellie, atap yang usang dek dimamah masa juga telah ditukar, iaitu kali terakhir pada 2010, hasil sumbangan sebuah persatuan gereja.
Bagaimanapun, katanya, masih banyak yang perlu dilakukan untuk menaik taraf gereja tersebut.
"Ketika ini, gereja yang dikatakan dibina semasa era James Brooke digunakan penduduk setempat bagi upacara keagamaan dan perkahwinan," tambah Bellie yang bertanggungjawab menjaga 34 rumah panjang.
Bagi memudahkan urusan ke gereja itu, jalan yang dulunya bertangga kayu belian, kini bertukar wajah selepas siap dibina pada awal tahun lalu.
Bellie yang dibesarkan di kampung itu berkata, sebelum ancaman COVID-19, pelancong asing berkunjung ke Kampung Banting untuk melihat sendiri Gereja St Paul.
"Ada juga cucu James Brooke yang datang untuk melihat gereja yang ditubuhkan oleh James Brooke.
"Selain itu, ada juga pelancong yang datang dari England untuk melihat semula bagaimana keadaan gereja yang dibina seperti gereja di sana.
"Malah, ada pelancong dari Jepun melawat ke sini kerana Jepun pernah memerintah di Banting," katanya lagi.
Bellie berkata, bagi penduduk, gereja tersebut bukan sekadar rumah ibadat, sebaliknya ia melambangkan keindahan kesenian dan peninggalan berharga yang tidak boleh dibiarkan ditelan zaman.
"Kami berterima kasih kepada Tuhan sebab memberi semangat yang cukup baik kepada kami untuk memiliki gereja yang antik di negeri ini," katanya.
Dalam masa yang sama, beliau berharap pihak berkaitan boleh membantu menyalurkan peruntukan bagi menambah baik gereja tersebut.
Hasimi Muhamad
Mon Nov 15 2021
Merentasi ratusan tahun, Gereja St Paul di Kampung Banting, Lingga, masih tersergam utuh, bahkan mampu menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. - Gambar Astro AWANI
PM serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
SPARK CDC lakar sejarah dengan sistem AI Pediatrik pertama di Malaysia
Spark Child Development Centre (SPARK CDC) menerusi klinik pakar kanak-kanak miliknya Signature Child Specialist Clinic, mencipta sejarah baharu dalam bidang pediatrik.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
PRN Sarawak: Gereja St Paul Banting, warisan 162 tahun yang perlu dinaik taraf
Gereja yang didirikan pada tahun 1859 itu pada asalnya dibina menggunakan kayu belian, dan dikatakan antara yang tertua di Sarawak.