POLITICS
PRN Sarawak: GPS selesa mendahului kiraan awal

Setakat 6 petang, keputusan tidak rasmi menunjukkan GPS selesa mendahului sebahagian besar daripada keseluruhan 82 kerusi Dewan Undangan Negeri.
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg tidak mempunyai masalah untuk terus mendominasi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) Ke-12.
Setakat 6 petang, keputusan tidak rasmi menunjukkan GPS selesa mendahului sebahagian besar daripada keseluruhan 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Biarpun ini merupakan pilihan raya negeri pertama bagi Abang Jo selaku Ketua Menteri, malah untuk GPS sendiri, rata-rata penganalisis politik berpendapat, asas yang distruktur sejak sekian lama memberi laluan mudah untuk mereka membentuk dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri.
melaporkan kemungkinan besar GPS akan muncul juara.
Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebelum ini turut Namun, menurut agensi itu lagi, yang menjadi persoalan adalah berapa banyak daripada 82 kerusi DUN itu yang akan menjadi milik mereka nanti.
“Jawapannya terletak kepada persoalan sama ada pembangkang boleh merampas kerusi bagi menafikan majoriti dua pertiga GPS,” menurut artikel itu lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami