LINGGA: Penduduk di kawasan perkampungan Rumah Panjang Banting, di sini berharap sektor pertanian di kawasan mereka dapat diperkasa bagi membolehkan mereka memasarkan hasil pertanian secara lebih efektif.
Tuai Rumah Kampung Bunga Raya, Banting Tengah, Amy Anak Edan, 56, berkata ini kerana kebanyakan masyarakat Iban di kawasan tersebut hanya menjalankan aktiviti pertanian padi bagi kegunaan sendiri sahaja, berikutan kekangan pengangkutan.
Justeru beliau berkata, Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) yang digerakkan termasuk pembangunan saliran dapat membantu meningkatkan semula ekonomi penduduk.
“Di kawasan Banting ini tidak ada penempatan lain dan mereka hanya bergantung kepada padi sebab kawasan di sini semua paya, dan tidak ada bukit, getah, sawit atau lada.
“Semua hanya bergantung kepada padi dan saya harap kerajaan akan mempercepatkan pembangunan tersebut,” katanya kepada Astro AWANI, di sini baru-baru ini.
Dianggarkan lebih 2,400 penduduk tinggal di kawasan Banting, dengan sejumlah 34 buah rumah panjang.
Mengulas lanjut, Amy berkata dalam usaha memajukan sektor pertanian di kawasan tersebut, bantuan baja dan peralatan pertanian disalurkan melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan IADA.
Bagaimanapun, ia tidak berjaya sepenuhnya memandangkan penduduk turut berdepan dengan masalah jeti, tambahnya.
“Saya berharap pihak atasan dapat memberi bantuan seperti jeti sebab di Banting struktur tanah tidak bagus.
“Kalau buat jeti belian tidak tahan lama, (dalam tempoh) satu atau dua bulan telah hanyut. Tetapi saya saran kerajaan kalau mahu beri jeti, berilah jeti terapung seperti boleh angkat jika air pasang atau surut,” katanya.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Sarawak mewujudkan inisiatif kerjasama dengan syarikat peneraju bagi membantu petani kecil memasarkan hasil pertanian mereka.
Hasimi Muhamad
Mon Nov 15 2021
Amy (gambar) berkata, Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) yang digerakkan termasuk pembangunan saliran dapat membantu meningkatkan semula ekonomi penduduk - Gambar Astro AWANI
AWANI Borneo [14/12/2024] – Kecewa PN mahu sertai PRN17 | Demi kekukuhan PBB | Hidrogen mesra alam
AWANI Borneo Sabtu, 14 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
Hanya 47 mangsa banjir direkodkan di Johor, Pahang
Jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 47 orang sahaja setakat 7 malam berbanding 305 mangsa tengah hari.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.