LUNDU: Seawal 5 pag lagii, Sadiah Abdullah dan suaminya, Hamzah Bujang akan membonceng motosikal ke sebuah ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 45 minit dari rumahnya bagi mencari cendawan sawit.
Sejak 17 tahun lalu, cendawan sawit menjadi sumber rezeki buat pasangan suami isteri berusia 62 tahun ini untuk menyara tiga orang anaknya.
Musim kemarau dan binatang berbisa, menjadi cabaran buat mereka sepanjang bergelar penjual cendawan sawit. Namun, itu semua alah bisa, tegal biasa.
Menceritakan pengalaman tersebut kepada Astro AWANI, Sadiah berkata dia mula mencari tumbuhan itu selepas kehilangan pekerjaan sebagai konduktor bas pada 2004.
Dia mendapat idea menjual cendawan sawit memandangkan ia tidak memerlukan modal untuk memulakan perniagaan, selain cendawan sawit mendapat sambutan dalam kalangan penduduk setempat.
Setiap hari, Sadiah dan suami akan menghabiskan masa selama tiga jam di ladang kelapa sawit sebelum pulang membersihkan cendawan sawit untuk dijual di Pasar Tamu Lundu.
"Kadang-kadang sampai 20 kilogram, kadang-kadang 15kg sahaja (dapat), tidak tentu. Kalau dapat sikit, sikitlah pendapatan.
"Kalau musim kemarau, tiada juga sebab kering. Tetapi setakat ini memang sentiasa ada (kulat) walaupun hanya dua atau tiga kilogram," katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.
Menjadi lumrah sebagai peniaga, kadangkala hasil jualan cepat habis, tetapi ada juga hari yang terpaksa menunggu pelanggan.
Bagi Sadiah, dia beruntung kerana tidak ramai yang menawarkan cendawan sawit di Pasar Tamu Lundu, yang ketika ini dijual pada harga RM20 sekilogram.
Situasi itu menyebabkan cendawan sawit yang dijual Sadiah menjadi buruan para pelanggan daripada pelbagai kaum dan agama.
"Kadang-kadang pukul 12 tengah hari jualan saya sudah habis... tetapi kadang-kadang saya duduk sini (menunggu pelanggan).
"Tak kira (kaum) Cina, Melayu... semua mahu beli. (Pelanggan) Pakistan yang jual karpet pun datang cari," ceritanya lagi.
Sementara itu, pesara tentera, Watson Jiti, 63, berkata hampir setiap minggu dia akan membeli cendawan sawit kerana ia amat digemari oleh ahli keluarganya.
Katanya, cendawan sawit boleh dimasak dalam pelbagai resepi.
"Sebab cendawan ini boleh dikatakan sedap dimakan termasuk digoreng dengan tepung, sup dan sebagainya. Macam yang payung (cendawan besar) ini boleh goreng, dan kalau ada masa, kita pergi cari sendiri di ladang," katanya.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Hasimi Muhamad
Sat Dec 11 2021
Sadiah (gambar) berkata dia mula mencari tumbuhan itu selepas kehilangan pekerjaan sebagai konduktor bas pada 2004 - Foto Astro AWANI
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
PRN Sarawak: Rezeki jual cendawan sawit sara keluarga
Musim kemarau dan binatang berbisa, menjadi cabaran buat mereka sepanjang bergelar penjual cendawan sawit. Namun, itu semua alah bisa, tegal biasa.