awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'

Bernama
Bernama
15/05/2024
20:15 MYT
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Mohamad Norza menyampaikan ucapan bagi merasmikan 'Asia Pacific Broadcasting Union Sports Media Conference' di Kuala Lumpur, 15 Mei 2024. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan memastikan dua wakil negara tampil dalam setiap kategori di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) selepas menyaksikan hanya satu wakil negara dalam setiap kategori layak ke temasya di Paris, Julai nanti.
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata impian berkenaan belum tercapai justeru memerlukan komitmen semua pihak dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara di temasya itu.
"Kita punya sasaran untuk dapat dua wakil bagi setiap kategori masih belum tercapai. Apapun ia masih pencapaian membanggakan (satu wakil setiap kategori).
"Kalau boleh kita lipat gandakan dan memohon pihak kerajaan bantu terutamanya melalui program Road to Gold (RTG) supaya kita dapat realisasikan dua wakil di perseorangan lelaki dan wanita selain bagi kategori beregu (lelaki, wanita, campuran)," katanya kepada Bernama selepas merasmikan persidangan berkaitan sukan di sini semalam.
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengeluarkan senarai nama atlet layak ke Olimpik Paris 2024, menyaksikan lima wakil negara iaitu perseorangan lelaki Lee Zii Jia, Goh Jin Wei (perseorangan wanita), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki) berjaya tersenarai menggalas cabaran pada temasya sukan yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Selain itu, turut sama dalam kontinjen negara beregu wanita Pearly tan-M Thinaah dan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Sementara itu, Mohamad Norza yakin lima pemain yang membuat penampilan kali pertama di pentas Olimpik tidak berdepan masalah untuk menyerap tekanan.
"Bagi kita, Jin Wei (perseorangan wanita), Pearly-Thinaah (beregu wanita) dan Tang Jie-Ee Wei, mereka sudah mendapat pendedahan cukup (sertai kejohanan besar) dan tak beri tekanan hebat.
"Tekanan itu sebaliknya untuk mereka realisasikan supaya sukan badminton kekal menjadi kebergantungan rakyat Malaysia di samping sukan berbasikal," katanya.
Sepanjang penyertaan di pentas Olimpik sejak 1964, Malaysia meraih 13 pingat keseluruhan dengan sembilan daripadanya hadir menerusi sukan badminton (enam perak dan tiga gangsa).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#Sukan Olimpik Los Angeles 2028
#dua wakil negara setiap kategori
#Mohamad Norza Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan