awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: SPR bersedia dengan SOP lebih ketat

Munirah Mudzamli
Munirah Mudzamli
03/12/2020
05:04 MYT
PRN Sarawak: SPR bersedia dengan SOP lebih ketat
Abdul Ghani berkata, masyarakat perlu menerima hakikat bahawa kaedah itu berbeza ketika COVID-19 dengan pilihan raya sebelum ini. - Astro AWANI
KUCHING:Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia jika Sarawak mengadakan pilihan raya negeri (PRN) pada bila-bila masa dengan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.
Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, ini termasuk semua kempen rumah ke rumah dan ceramah terbuka melibatkan orang ramai tidak dibenarkan sebaliknya ceramah hanya dilakukan menerusi dalam talian (online).
Tambahnya, SOP ketat sama turut diguna pakai SPR bagi dua Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Gerik dan Bugaya pada 16 Januari depan.
"Ini adalah pendekatan yang baharu dan masyarakat perlu menerima hakikat bahawa kaedah itu berbeza ketika COVID-19 dengan pilihan raya sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Bapa Malaysia pada Khamis.
Terdahulu, Abdul Ghani dan rombangan mengadakan pertemuan hampir satu jam kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Selain itu, ditanya mengenai proses kempen dalam talian di kawasan luar bandar Sarawak yang tidak mempunyai capaian internet yang stabil, Abdul Ghani menjelaskan pihaknya sedang berbincang dengan operator perkhidmatan di kawasan-kawasan terjejas.
Katanya, perbincangan itu bagi memastikan proses kempen dalam talian berjalan lancar sekali gus para pengundi boleh mengikutinya menerusi media sosial setiap calon bertanding.
"Bagi kawasan yang tidak mendapat capaian internet memuaskan terutama di luar bandar Sarawak, kita berbincang dengan operator perkhidmatan termasuk Telekom Malaysia (TM) bagi memastikan capaian itu memuaskan," katanya.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#PRN Sarawak
#Suruhan Pilihan Raya
#SPR
#SOP lebih ketat
#Datuk Abdul Ghani Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan