"Walaupun jasad (mereka) tidak masuk (ke Sarawak), tapi semangat (mereka) ada," itu pandangan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung halangan Jabatan Imigresen terhadap beberapa pemimpin parti itu menjejakkan kaki ke Sarawak.
Tegasnya lagi, halangan tersebut tidak bermakna ia akan merencatkan persediaan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.
Menurutnya, pelbagai teknologi terkini termasuk media sosial dilihat sebagai medium yang tidak mampu menafikan usaha pimpinan PKR menjelang pilihan raya di negeri itu.
"Sekarang ini ada pelbagai cara... dengan (wujudnya) media sosial dan internet.
"Kita sentiasa boleh berhubung dengan rakyat dengan pelbagai cara. Tidak ada masalah," tegasnya pada sidang media selepas merasmikan laluan baharu PJ City Bus di Stesen LRT Taman Bahagia di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menjadi pemimpin pembangkang terbaharu yang dihalang memasuki Sarawak apabila beliau ditahan pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Jumaat lalu.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Wanita PKR Haniza Talha, yang sedang dalam perjalanan bersama Zuraida dibenarkan masuk.
Mengulas berkenaan persediaan pembangkang menjelang PRN Sarawak, Mohamed Azmin berkata beliau optimis pembangkang di Sarawak akan kekal dengan pendekatan satu lawan satu.
Menurutnya, masih wujud ruang perbincangan antara PAS dan DAP dalam memastikan pertandingan tiga penjuru antara parti pembangkang tidak berlaku.
"Biasalah mana-mana pilihan raya kita bincang, yang penting kita mahu prinsip 1 lawan 1 diteruskan," katanya.
Pada Sabtu, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu akan meletakkan calon di 11 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan bersedia menentang mana-mana calon termasuk daripada DAP.
Katanya keputusan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut - 9 kawasan lama, 2 kawasan baharu hasil persempadanan semula - dibincangkan bersama PKR kerana mereka masih mempunyai hubungan, tetapi tidak dengan DAP.
Sebelum ini, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata, beliau mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar penamaan calon PRN itu dilakukan pada 18 April dan hari pengundian pada 30 April.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Feb 01 2016
Tegas Azmin, halangan tersebut tidak bermakna ia akan merencatkan persediaan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang. - Gambar Fail
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya. Jelasnya, kebergantungan yang semakin menurun terhadap sumber petroleum dan gas asli akan menjurus kuasa-kuasa besar untuk memberi tumpuan kepada persaingan teknologi. #DialogTigaPenjuru
HTS perlu perkenalkan identiti bangsa, menggantikan Baathisme - Pakar
Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata kerajaan baharu Syria pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) perlu mencapai kata sepakat mengenai identiti dan ideologi baharu bangsa itu. Jelasnya, aliran Baathisme yang di bawa oleh rejim Assad yang berakar di Syria jelas mempunyai kelemahan tersendiri. #DialogTigaPenjuru
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan. #AWANInews
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
Kerajaan baharu Syria perlu selesaikan isu pelarian dalaman - Pakar
Profesor Pengajian Keselamatan dan Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata isu 6.9 juta pelarian dalaman perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan baharu Syria. Jelasnya, ini merupakan antara cabaran besar yang bakal menguji keupayaan kerajaan baharu pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS). #DialogTigaPenjuru
Titah Adendum: 'Saya tidak dendam dengan Najib, saya PM kena adil' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau - Azalina
"Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau dengan kerajaan, agensi maritim Singapura," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
PRN: Azmin yakin PN bentuk Kerajaan Negeri Selangor malam ini
Keyakinan tersebut bersandarkan kepada sokongan para pengundi yang dilihat sepanjang 14 hari kempen termasuk 'Grand Finale' malam tadi.
Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin - Penganalisis politik
Kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bergantung kepada sejauh mana kekuatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyaingi kem-kem lain yang wujud di dalam arti itu sendiri.
Video Intim: Polis sahkan terima laporan Haziq
Video Intim: Polis Sahkan terima laporan Muhammad Haziq
Kabinet bayangan pembangkang diputuskan selepas mesyuarat Pakatan - Azmin
Penubuhan kabinet bayangan Pakatan Pembangkang hanya akan diputuskan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan itu dalam tempoh terdekat ini.
Bajet: S'gor cadang tambah 50 peratus peruntukan pembangunan
Kerajaan Selangor bercadang menambah hampir 50 peratus peruntukan perbelanjaan pembangunan di negeri itu dalam rangka Bajet 2015 yang akan dibentangkan bulan depan.
Azwan Ali: Abang saya layak jadi MB
Selebriti Azwan Ali percaya abangnya Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa layak menjadi Menteri Besar Selangor.
Ummi Hafilda tawar diri lawan Azmin
Ummi Hafilda Ali menawarkan diri untuk bertanding menentang abangnya Azmin yang juga Timbalan PKR pada PRU13 ini.