GOMBAK: Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin pengundi akan memberikan mandat kepadanya sebagai calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.18 Hulu Kelang.
Jelas Azmin ketika ditemui media, kawasan itu adalah tempat beliau membesar serta mendapatkan mandat dalam politik sejak tahun 1999.
"Saya yakin... kita saksikan gelombang tidak puas hati rakyat atas kegagalan kerajaan di Putrajaya menangani masalah rakyat terutama kos sara hidup dan inflasi.
"Saya pun muda juga, persoalannya rakyat ingin melihat kepimpinan apa yang dibawa (oleh kerajaan). (Mengenai) persaing saya daripada PH, sudah tentu mereka (rakyat) melihat kerajaan PH tidak ada rekod kejayaan selepas lapan bulan diberi tugas ini.
"Saya percaya rakyat di Hulu Kelang, Gombak dan Selangor akan melihat masa depan negeri di bawah PN," jelasnya.
Mengulas mengenai kerusi terbabit yang berada di bawah Parlimen Gombak yang menyaksikan kekalahannya pada PRU15 lalu, jelas Azmin, beliau yakin rakyat di Hulu Kelang akan berpihak kepada PN.
"Saya reda atas kekalahan lalu, kita lakukan muhasabah... mungkin ada kelemahan kita harus perbaiki, namun di Hulu Kelang, saya (sebenarnya) telah diberikan mandat dalam politik seawal tahun 1999.
"Ketika dipilih menjadi Ahli Parlimen Gombak, DUN Hulu Kelang dalam Parlimen Gombak. Jadi tidak timbul soal lari seperti didakwa oleh musuh-musuh politik saya.
"Yang lari dari kawasan politik adalah dari Permatang Pauh ke Port Dickson dan Tambun itu lari. Tapi Hulu Kelang merupakan kampung saya, saya dibesarkan di Kampung Klang Gate Baru, ibu bapa saya (antara orang) pertama meneroka kampung tersebut," katanya lagi.
Mohamed Azmin berdepan dengan calon daripada Pakatan Harapan (PH) Juwairiya Zulkifli yang juga Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Pada pilihan raya lalu, DUN Hulu Kelang dimenangi calon Amanah, Saari Sungib mewakili PH.
Saari menang dengan majoriti 15,349 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Ahmad dan calon Pas, Farhan Kamalul Hysham.
Fareez Azman
Sat Jul 29 2023
Azmin ketika ditemui media, berkata kawasan itu adalah tempat beliau membesar serta mendapatkan mandat dalam politik sejak tahun 1999. - Gambar/ Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.