awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok perkenal GamePlan untuk peminat sukan
Pengguna iPhone 17 Pro lapor isu bunyi 'siulan' semasa mengecas
JKM Sarawak sedia hadapi banjir - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: SPR jangka peratusan keluar undi capai lebih 85 peratus

Bernama
Bernama
11/08/2023
07:30 MYT
PRN: SPR jangka peratusan keluar undi capai lebih 85 peratus
Abdul Ghani berkata, jika jumlah peratusan itu tercapai, ia melebihi peratusan keluar mengundi sebanyak 74.7 yang direkodkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU), November lepas. - Gambar fail
CYBERJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu esok melebihi 85 peratus, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh.
Beliau berkata jika jumlah peratusan itu tercapai, ia melebihi peratusan keluar mengundi sebanyak 74.7 yang direkodkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU), November lepas.
Abdul Ghani turut menyeru semua pengundi keluar melaksanakan tanggungjawab masing-masing demi negara serta menasihatkan mereka jangan sesekali menyerahkan kad pengenalan kepada individu yang tidak dikenali selain daripada petugas SPR untuk tujuan semakan.
"Kita (SPR) bersama pasukan keselamatan telah pun bersedia untuk menangani apa-apa masalah dan saya telah berbincang dengan pihak berkuasa untuk menangani sebarang isu berkaitan esok. Jadi jangan bimbang dan keluar mengundi macam biasa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan dan menghadiri taklimat persediaan akhir Pusat Semakan Peti Undi di Semarak Hall Cyberjaya yang juga pusat penjumlahan rasmi undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, di sini hari ini.
Esok, 12 Ogos adalah hari pengundian bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Turut diadakan serentak adalah PRK bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
Abdul Ghani berkata SPR telah memberi cadangan waktu mengundi yang digalakkan untuk mengelak kesesakan di pusat mengundi serta mengingatkan pengundi tidak berpusu-pusu di awal pagi ke pusat mengundi memandangkan pusat mengundi dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang.
Beliau berkata persiapan di semua pusat mengundi PRN dan PRK Parlimen Kuala Terengganu dari segi peti undi, kertas undi dan peralatan lain berjalan dengan baik dan tiada perkara yang tidak diingini dilaporkan berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#SPR
#peratusan keluar mengundi
#Abdul Ghani Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan