awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 'Terima kasih pengundi Lembah Jaya, saya akan mula tugas seawal subuh esok' - Altimet

Fareez Azman
Fareez Azman
12/08/2023
14:37 MYT
PRN: 'Terima kasih pengundi Lembah Jaya, saya akan mula tugas seawal subuh esok' - Altimet
Syed Ahmad berkata tiada lagi perbezaan antara parti kerana beliau akan berkhidmat untuk semua rakyat Lembah Jaya. - Foto BERNAMA
KLANG: Calon Pakatan Harapan (PH), Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengundi Lembah Jaya atas mandat diberikan kepadanya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Menerusi satu kenyataan media, Syed Ahmad berkata tiada lagi perbezaan antara parti kerana beliau akan berkhidmat untuk semua rakyat Lembah Jaya.
"Saya amat berterima kasih kepada semua pengundi-pengundi Lembah Jaya yang menjadi pembakar semangat untuk saya terus berkhidmat dan berbangga menjadi sebahagian daripada Lembah Jaya.
"Selepas ini, tiada lagi perbezaan antara parti kerana saya akan berkhidmat untuk semua masyarakat Lembah Jaya.
"Saya akan segera memulakan tugas seawal pagi Subuh esok bersama jemaah di masjid," jelasnya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan proses pengundian teratur.
"Kepada rakan-rakan jentera, tidak kira Pakatan Harapan mahupun Barisan Nasional, hormat saya kepada anda amat tinggi, saya sanjung kerja keras mereka selama tempoh berkempen ini.
"Saya berkeyakinan, Kerajaan Perpaduan akan membalas jasa-jasa pengundi yang begitu besar jiwanya di Lembah Jaya ini," katanya lagi.
Syed Ahmad berjaya meraih 26,298 undi dengan majoriti 6,678 undi menewaskan saingannya Sharifah Haslizah Syed Arifin calon Perikatan Nasional (PN) yang hanya meraih 19,620 undi.
Ikuti perkembangan terkini keputusan rasmi dan tidak rasmi di pru.astroawani.com
Topic Berkaitan
#Altimet
#Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad
#DUN Lembah Jaya
#PRN Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan