awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Tunjuk kertas undi dipangkah adalah salah - KPN

Sinar Harian
Sinar Harian
12/08/2023
14:24 MYT
PRN: Tunjuk kertas undi dipangkah adalah salah - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain (kanan) bercakap pada sidang media khas sempena Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) di Bukit Aman hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan tindakan menunjukkan kertas undi yang sudah dipangkah kepada umum adalah satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Razarudin berkata, polis akan menjalankan siasatan sekiranya ada pihak tampil membuat laporan polis terhadap kes terbabit.
"Setakat jam 6 petang, belum ada mana-mana pihak tampil membuat laporan berhubung perkara itu, sekiranya ada laporan kita akan siasat," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman pada Sabtu.
Pada Sabtu, media melaporkan, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, apabila secara sengaja menayangkan kertas undi kepada petugas media.
Perbuatannya mengundang kritikan pengguna media sosial yang berkongsi gambar Muhammad Sanusi mempamerkan kertas undi berkenaan ketika gambarnya dirakam petugas media, sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak undi.
Pada sidang akhbar sama, Razarudin berkata pihaknya berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung di enam negeri.
"Kita memang sentiasa bersiap siaga, saya amat berpuas hati dengan penugasan mereka di lapangan," ujarnya.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kertas undi
#PRN
#Ketua Polis Negara Razarudin Husain
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan